
كناڤ ڤرسوه دديوا-ديواكن؟ اينله جواڤن محضير…
Mahathir ditanya apakah masalahnya dengan orang Melayu yang sentiasa bercakap tentang nilai ke-Islaman dari satu sudut, tetapi dari sudut lain, mereka melakukan kegiatan yang tidak bermoral seperti rasuah dan sebagainya.
“Kita tengok orang yang perasuah ini, tiap-tiap tahun dia umrah, dan bagi duit kepada orang lain jugak suruh buat kerja Haji. Tetapi duit berbilion-bilion curi.”
Apabila ditanya pula soal rakyat “mendewa-dewakan perasuah,” Mahathir menjawab:
“Kita orang Melayu mempunyai satu budaya yang mana kita akur kepada pemimpin, pada pembesar, dan kita dengar Melayu tak akan menderhaka bukan sahaja kepada raja, (malah) kepada pemimpin.
“Kelainan orang Melayu dengan orang lain ialah mereka utamakan orang, bukan perbuatan. Kalau pun orang itu buat yang tak baik, tapi dia ‘bos aku, taka pa lah…lagi pun dia Melayu-Islam…’
“Jadi dia tak kira buat baik ke, tak buat baik ke, tetapi ‘dia Melayu-Islam kita sokonglah’. Dia parti kita pulak…”
Saya selalu tertanya-tanya apakah masalah sebenar dengan pemimpin Melayu-Islam blok kerajaan yang selalu melaung-laungkan perjuangan agama dan bangsa sedangkan merekalah yang terpalit dengan pelbagai skandal melibatkan wang, kuasa dan kedudukan.
Saya turut tertanya kenapakah ramai di Malaysia begitu ta’asub pemimpin hingga tahap mendewa-dewakan pemimpin idola mereka yang sememangnya merupakan perbuatan terkutuk dan terlarang di sisi Islam.
Jadi bayangkanlah rasa terkejut saya apabila Tun Dr Mahathir Mohamad ditanya soalan yang seakan-akan sama dalam wawancara eksklusifnya bersama Sinar Harian baru-baru ini.
Dalam wawancara tersebut, Mahathir ditanya apakah masalahnya dengan orang Melayu yang sentiasa bercakap tentang nilai ke-Islaman dari satu sudut, tetapi dari sudut lain, mereka melakukan kegiatan yang tidak bermoral seperti rasuah dan sebagainya.
Mahahir menjawab, “Kita cakap pasal nilai, kita tahu nilai yang baik, tapi kita tak amalkan nilai yang baik. Sebab itu prestasi kita tidak baik.
“Sebagai orang Islam, kita bercakap berkenaan Ad-Din, cara hidup Islam. Tetapi kita tak amal.
“Islam melarang membunuh. Tetapi kita tengok orang Islam banyak membunuh, banyak mencuri, semua itu dilarang dalam Quran.
“Jadi kita ibadah Fardu Ain untuk diri sendiri. Dia puasa, dia sembahyang, dia (hulur) zakat, dia (menunaikan ibadat) Haji tiga empat kali…itu dia buat.
“Tetapi dari segi rasuah, dia lakukan juga. Kita tengok orang yang perasuah ini, tiap-tiap tahun dia umrah, dan bagi duit kepada orang lain jugak suruh buat kerja Haji.
“Tetapi duit berbilion-bilion curi.”
Apabila ditanya pula soal rakyat “mendewa-dewakan perasuah,” Mahathir menjawab:
“Kita orang Melayu mempunyai satu budaya yang mana kita akur kepada pemimpin, pada pembesar, dan kita dengar Melayu tak akan menderhaka bukan sahaja kepada raja, (malah) kepada pemimpin.
“Kelainan orang Melayu dengan orang lain ialah mereka utamakan orang, bukan perbuatan. Kalau pun orang itu buat yang tak baik, tapi dia ‘bos aku, taka pa lah…lagi pun dia Melayu-Islam…’
“Jadi dia tak kira buat baik ke, tak buat baik ke, tetapi ‘dia Melayu-Islam kita sokonglah’. Dia parti kita pulak…”
Ya, sesungguhnya, sifat ta’asub ataupun perbuatan mendewa-dewakan selain Allah bukan hanya terkutuk dan terlarang Islam, ianya mampu memesongkan akidah dan membawa umat Islam ke arah kehancuran.
Malangnya, sifat inilah yang dipupuk oleh kebanyakkan pemimpin Melayu-Islam dari puak pemerintah yang kononnya berjuang untuk menyatukan ummah tetapi sebaliknya, memiliki niat tersembunyi untuk menguasai kerajaan demi wang, kuasa dan kedudukan.
Pemimpin-pemimpin inilah yang sedang memesongkan akidah dengan dalil-dalil palsu kononnya “sokongan terhadap pemimpin Melayu-Islam wajib diberi keutamaan,” walhal, merekalah yang sedang membawa kehancuran kepada ummah sambil memporak-perandakan perjuangan Agama, Bangsa dan Negara.
Saya amat kagum dengan Tun Dr Mahathir Mohamad kerana berani berterus-terang berhubung perkara ini.
RJ RITHAUDEEN
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
