KENAPA KERAJAAN TIDAK BUKA LEBH BANYAK PELUANG DALAM INDUSTRI KERETAPI KEPADA SYARIKAT TEMPATAN SEPERTI SMH RAIL?

Khairuddin Abu Hassan

ڤكناڤ كراجأن تيدق بوك ليبه باڽق ڤلواڠ دالم ايندوستري كريتاڤي كڤد شريكت تمڤتن سڤرتي سمه رايل؟

Setiap kali tender bersangkutan pembekalan dan perkhidmatan penyelenggaraan keretapi di negara kita kebanyakannya dianugerahkan kepada syarikat-syarikat dari luar negara khususnya China.

Negara kita mempunyai pemain tempatan dalam industri pengeluar dan perkhidmatan penyelenggaraan  keretapi yang bertaraf dunia serta mematuhi piawaian Kesatuan Antarabangsa Keretapi (UIC) yang direka untuk pengangkutan muatan berat serta perkhidmatan jarak jauh tanpa gangguan.




Lokomotif buatan Malaysia oleh syarikat SMH Rail ini juga berupaya beroperasi dalam persekitaran ataupun keadaan cuaca melampau untuk jaminan prestasi tergabung dengan tahap kebolehpercayaan yang tinggi.

Kemampuan syarikat tempatan ini yang berjaya mengeksport Lokomotif elektrik diesel pertama negara ke Tanzania adalah satu berita yang amat membanggakan.

Ini membuktikan secara jelas bahawa sekiranya syarikat-syarikat tempatan diberi peluang yang lebih dibandingkan dengan teknologi negara luar sudah pasti akan dapat mempertingkatkan lagi mutu daya saing dibandingkan dengan pengeluar-pengeluar dari negara luar.

Kerajaan Malaysia harus memberi tumpuan yang seadilnya kepada syarikat-syarikat pengeluar tempatan seperti SMH Rail kerana kemajuan syarikat ini akan menjaminkan dapat mengujudkan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan kepada generasi muda Malaysia dalam bidang pembinaan industri keretapi.

Lebih ramai anak-anak tempatan dapat dilatih dan akhirnya pemindahan teknologi kepada mereka akan meningkatkan lagi nilai kepakaran yang akhirnya boleh jadikan Malaysia sebagai sebuah negara pengeluar keretapi yang terkenal di dunia.

Pengaliran ringgit ke luar negara juga dapat dibendung sekiranya semua kontrak-kontrak diberi keutamaan atau ‘first right of refusal’ kepada pemain industri tempatan.

Cuma kadang kala kita tidak faham dengan dasar ‘procurement’ kerajaan yang senantiasa minat dengan produk-produk luaran tanpa mahu memberi peluang kepada industri tempatan.

Loading...

Banyak daripada kontrak-kontrak pembinaan dan perkhidmatan penyelenggaraan Keretapi Tanah Melayu (KTM), MRT, LRT dan ‘shuttle train KLIA’ kebanyakannya dibolot oleh negara-negara luar khususnya China.

Kerajaan Malaysia harus ubah sikap dalam memberi peluang kepada pemain industri tempatan bagi membekalkan unit-unit keretapi atau perkhidmatan penyelenggaraan kepada syarikat tempatan yang tulen seperti SMH Rail.

Kita kelihatan kurang keyakinan dengan kebolehan pengeluaran produk tempatan tetapi negara luar pula mengikhtiraf kebolehan syarikat-syarikat dari Malaysia.

Situasi ini agak pelik kerana orang luar nampak lebih yakin terhadap produk-produk tempatan dari kerajaan kita sendiri.

Memberi keutamaan dalam penganugerahan kontrak-kontrak kepada syarikat tempatan seperti SMH Rail secara tidak langsung akan memotivasikan mereka untuk terus mengorak langkah ke hadapan bagi memacukan kejayaan secara lebih cemerlang.

Ramai daripada pemain-pemain industri tempatan agak kecewa dengan dasar ‘procurement’ kerajaan yang kelihatan lebih menaruh kepercayaan kepada pengeluar-pengeluar antarabangsa dan terus ‘anak tirikan’ syarikat-syarikat tempatan yang tulen serta bertaraf dunia.

Menteri Pengangkutan Malaysia harus membuka mata secara lebih luas dengan berita syarikat SMH Rail ini dan harus jadikannya sebagai satu ‘turning point’ untuk memberi keutamaan kepada pengeluar-pengeluar tempatan yang berkebolehan dalam kontrak-kontrak pembekalan keretapi dan perkhidmatan penyelenggaraan di negara kita.

Seandainya pihak kerajaan hanya memberi peluang kepada syarikat-syarikat luar negara; macamana pemain industri tempatan hendak berjaya serta berkembang.

Sepatutnya, syarikat seperti SMH Rail ini bukan saja harus diberi keutamaan untuk membida kontrak-kontrak kerajaan tetapi juga kalangan ini harus diberi pelbagai insentif di atas daya usaha mereka yang cemerlang.

Selepas ini sebagai rakyat Malaysia yang senantiasa mengagumi dengan kebolehan produk-produk tempatan kita amat berharap apa saja kontrak-kontrak kerajaan akan diberikan keutamaan kepada syarikat-syarikat tempatan kearah memotivasikan kejayaan mereka secara lebih jauh lagi.

Semua pihak harus yakin dengan produk tempatan yang mematuhi piawaian antarabangsa dan kontrak-kontrak kerajaan mesti diberikan peluang utama kepada syarikat-syarikat Malaysia yang tulen dalam mencipta nama di peringkat global.

WAJIB BACA:

LAPORAN DIBUAT, POLIS DIMINTA SIASAT NAJIB RAZAK ATAS FITNAH BERHUBUNG RCI FOREX

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...