TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Raggie Jessy Rithaudeen
كناڤ انور تاكوت بوات لاڤورن راسمي ايسو اوڬوتن سڤرم درڤد ممببل سجام دڤن عزم باكي؟
Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan meminta pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersikap lebih telus dalam menyiasat dakwaan wujudnya sogokan dan ugutan membabitkan seorang menteri kanan seperti dilaporkan sebelum ini.
Menurutnya, itu antara perkara yang dibangkitkan dalam pertemuan beliau hampir satu jam dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki pada Isnin.
“Saya tegaskan kalau benar ada kes, bukti dan fakta kuat tentang perilaku rasuah, saya tak datang (menemui Azam) untuk pertahankan (kes yang didakwa),” katanya.
Persoalannya, kenapa Anwar tidak membuat laporan rasmi dalam tempoh lebih sejam beliau berborak-borak dengan Azam di pejabat SPRM?
Pada 28hb Februari lalu, dua ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Larry Sng Wei Shien (Parlimen Julau) dan Steven Choong Shiau Yoon (Parlimen Tebrau) bertindak keluar parti, disusuli dengan pengunduran Ahli Parlimen Kuala Langat Datuk Dr Xavier Jayakumar tiga belas hari kemudian.
Mengulas pengkhianatan mereka, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendakwa, peletakan jawatan Xavier sebagai Naib Presiden dan ahli parti berkuat kuasa serta merta adalah kerana beliau diugut oleh kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut Saifuddin, wujud usaha tersusun oleh kerajaan minoriti untuk menarik sokongan ahli Parlimen pembangkang dengan cara umpan dan ugutan menggunakan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan SPRM.
Beberapa hari kemudian, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri mendakwa seramai lima orang ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) diberi ugutan atau pelawaan dengan pelbagai sogokan untuk menarik sokongan mereka.
Jika benar Anwar dan Saifuddin yakin berlaku sogokkan dan ugutan melibatkan pihak SPRM, bukankah menjadi tanggungjawab Anwar selaku presiden PKR membuat laporan rasmi agar Azam sendiri boleh membuka kertas siasatan dan menyiasat perkara itu hingga ke lubang cacing?
Atau adakah Anwar takut berbuat demikian kerana terpalit dengan salah laku melibatkan beberapa ahli parlimen dari PKR?
WAJIB BACA:
Wan Saiful usah berleter panjang macam nenek tua, kalau berani terus buat laporan polis
