ءكناڤ انور تق هالڠ بڠك بري ڤينجامن شريكت ڤرجودين كتيك جادي منتري كواڠن؟ء
Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz membidas Anwar Ibrahim selepas presiden PKR itu mempersoalkan mengapa tiga buah bank berkaitan kerajaan memberikan pinjaman tanpa cagaran sebanyak RM2.51 bilion kepada Genting Hong Kong Ltd.
Dalam penjelasan di media sosial, Zafrul berkata sekiranya pinjaman bank kepada syarikat perjudian menjadi masalah, mengapa Anwar tidak menghalang perkara itu ketika menjadi menteri kewangan pada 1990-an.
Anwar mempersoalkan mengapa Zafrul membenarkan Maybank, CIMB dan RHB memberikan pinjaman tanpa cagaran kepada Genting Hong Kong.
Zafrul dalam maklum balasnya hari ini berkata, Kementerian Kewangan mahupun syarikat kerajaan yang menjadi pemegang saham dalam bank-bank berkenaan tidak terlibat dalam operasi harian syarikat.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
“Kalau isu ini benar-benar penting, mengapa semasa Datuk Seri menjadi Menteri Kewangan, tiada arahan dikeluarkan kepada bank-bank tempatan supaya tidak memberi pinjaman kepada Kumpulan Genting?” soalnya.
BACA JUGA: KISAH ZAHID TIPU ANWAR, MUHYIDDIN, UMNO
Katanya di Malaysia yang merangkumi masyarakat berbilang kaum, sektor perbankan Islam cukup progresif sehingga boleh membezakan antara aset patuh syariah dan konvensional.
Genting Hong Kong memfailkan kebankrapan pada 19 Jan lalu.
Menurut laporan Straits Times Singapura, tiga bank – Malayan Banking Bhd (Maybank), CIMB Group Bhd dan RHB Bank Bhd menerima kesan besar kerana menjadi pemiutang tidak bercagar utama Genting Hong Kong dengan jumlah pinjaman AS$600 juta (RM2.51 bilion).
Kerajaan mempunyai kepentingan dalam bank-bank ini melalui Permodalan Nasional Berhad (PNB), Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Anwar, dalam satu kenyataan pada Khamis tidak langsung menimbulkan persoalan moral berhubung perjudian ketika mempersoalkan pinjaman itu.
Bagaimanapun, kenyataannya bertajuk “Mengapa PNB, Khazanah, dan KWSP memberi pinjaman kepada syarikat judi”.
Anwar mempersoalkan mengapa Zafrul membenarkan Maybank, CIMB dan RHB memberikan pinjaman tanpa cagaran kepada Genting Hong Kong.
Zafrul dalam maklum balasnya hari ini berkata, Kementerian Kewangan mahupun syarikat kerajaan yang menjadi pemegang saham dalam bank-bank berkenaan tidak terlibat dalam operasi harian syarikat.
“Jika Menteri Kewangan atau pemegang saham campur tangan di dalam urusan harian bank-bank di Malaysia, jelas sekali ini tidak betul dari sudut governans dan tadbir urus.
“Saya yakin, sebagai seorang bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar juga sedia maklum tentang perbezaan antara peranan ahli lembaga pengarah dan pengurusan syarikat,” katanya.
Zafrul juga berkata pinjaman tanpa cagaran bukanlah sesuatu yang luar biasa, dan bank mempunyai kebebasan untuk berbuat demikian berdasarkan kesanggupan mereka mengambil risiko.
Dalam kes Genting Hong Kong, katanya, pinjaman itu telah diluluskan sebelum wabak Covid-19 melanda – yang kemudian telah menjejaskan perniagaan syarikat itu.
Dia berkata bank lain juga telah memberikan pinjaman kepada Genting Hong Kong.
Zafrul bagaimanapun tidak menjawab kebimbangan Anwar bahawa kerajaan perlu mengelak berulangnya skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF).
Skandal BMF yang meletus pada tahun 1983, juga melibatkan pinjaman besar kepada syarikat yang berpangkalan di Hong Kong.
Kerajaan akhirnya terpaksa menyelamatkan Bank Bumiputra Malaysia Bhd (BBMB) berbilion ringgit menerusi Petronas.
Sumber:
WAJIB BACA: