
كيمڤين سليم: چالون دري امنو صح بوكن چالون ڤريكتن ناسيونل، جاڠن كليرو
PAS hari ini dilaporkan menggesa pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim supaya membuat perubahan dengan mengundi calon Perikatan Nasional (PN).
Bagaimanapun, tafsiran Hadi berhubung perwakilan calon dari UMNO, Mohd Zaidi Aziz, agak tersasar dan tidak mengambarkan realiti politik terkini.
Sebetulnya, Zaidi merupakan calon Barisan Nasional dan tidak mewakili Perikatan Nasional sepertimana yang digambarkan oleh Hadi.
Ini kerana UMNO sudahpun mengisytiharkan secara terbuka tidak ingin menjadi sebahagian daripada gabungan Perikatan Nasional yang kini berdaftar dan melibatkan hanya PAS, PPBM, MIC dan dua lagi parti.
PETALING JAYA: PAS hari ini dilaporkan menggesa pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim supaya membuat perubahan dengan mengundi calon Perikatan Nasional (PN).
Presidennya, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang berkata, dengan mengundi calon PN, kesatuan umat Islam dapat diperkukuhkan di samping dapat mengajak bukan Islam yang tidak ekstrem untuk bersama.
“Saya menggesa pengundi di Slim untuk membuat perubahan dalam PRK ini dengan mengundi calon PN, kesatuan umat Islam diperkukuhkan, dan diajak bukan Islam tidak ekstrem untuk bersama,” ciap Abdul Hadi di Twitternya sebentar tadi.
Bagaimanapun, tafsiran Hadi berhubung perwakilan calon dari UMNO, Mohd Zaidi Aziz, agak tersasar dan tidak mengambarkan realiti politik terkini.
Sebetulnya, Zaidi merupakan calon Barisan Nasional dan tidak mewakili Perikatan Nasional sepertimana yang digambarkan oleh Hadi.
Ini kerana UMNO sudahpun mengisytiharkan secara terbuka tidak ingin menjadi sebahagian daripada gabungan Perikatan Nasional yang kini berdaftar dan melibatkan hanya PAS, PPBM, MIC dan dua lagi parti.
Zaidi turut tidak mewakili Muafakat Nasional setakat mana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terbabit kerana Muafakat Nasional tidak wujud memandangkan ianya tidak berdaftar.
Justeru, biarpun UMNO bersekutu dengan Perikatan Nasional, persekutuan itu sah setakat persetujuan ahli-ahli parlimen dari Barisan Nasional dan Perikatan Nasional untuk membentuk kerajaan sebagai rakan persekutuan.
Hakikatnya, Pilihan Raya Kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim melibatkan pertembungan antara calon bebas dari Parti Pejuang Tanah Air dan calon Barisan Nasional, bukannya Perikatan Nasional.
Diharap kepimpinan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional dapat memperbetulkan persepsi ini.
RJ RITHAUDEEN
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
