Tun Carlos
Kementerian Sumber Manusia telah dinasihatkan membuat persiapan bagi menghadapi kemungkinan 20,000 pekerja kehilangan pekerjaan susulan penamatan kontrak MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd (MMC Gamuda) bagi kerja bawah tanah projek Mass Transit Line 2 (MRT2).
Kementerian itu juga telah dinasihatkan agar mewujudkan pelan khas untuk mengatasi kesan sosial yang timbul jika pekerja terbabit diberhentikan dan jika mereka gagal mendapat pekerjaan lain.
Isu ini menyumbang kepada masalah pengangguran yang serius, seterusnya menimbulkan pelbagai gejala sosial seperti jenayah dan masalah rumah tangga.
Kementerian Sumber Manusia perlu membuat persediaan rapi bagi menghadapi masalah pemberhentian pekerja ini dan dinasihatkan supaya kenal pasti sektor yang boleh menyerap mereka atau serapkan mereka ke dalam program latihan semula.
Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran, Mohd Rizan Hassan berkata, apabila ekonomi kembali pulih, mereka ada kemahiran untuk memasuki pasaran pekerjaan yang lain.
MMC Gamuda mendakwa penamatan kontrak itu akan menjejaskan lebih 20,000 tenaga kerja dan memberi kesan terhadap 600 syarikat dari rantaian sokongan yang terbabit.
Perberhentian kerja beramai-ramai ini berlaku adalah dari keputusan kerajaan yang akan melaksanakan semula tender kerja bawah tanah projek (MRT2) kepada proses tender terbuka antarabangsa.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berpendapat kos MRT2 yang dirancang oleh Kerajaan BN sebelum ini adalah sangat tinggi dan ada berpendapat ia mempunyai unsur-unsur rasuah yang dikaitkan dengan DS Najib Razak dan 1MDB.
