TONTON PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI
Raggie Jessy Rithaudeen
Seorang individu yang wajahnya serupa dengan ahli parlimen blok kerajaan yang pada ketika ini bergelar menteri pelancongan kelihatan menari dalam keadaan yang tidak manis dipandang dalam satu klip yang tular di media sosial.
Lelaki berkenaan dipercayai mabuk, dan adegan beliau yang pada hemat saya “agak kurang senonoh” itu berlatar belakangkan kain rentang yang tertulis “bersama rakyat,” berserta gambarnya sekali.
Tidak dapat dipastikan bila majlis berkenaan diadakan.
Kelakuan sebegini amat tidak sopan dan tidak bertepatan dengan kedudukan seseoang sebagai ahli parlimen mahupun menteri.
Timbul pula persoalan jika majlis “bersama rakyat” dalam klip berkenaam dianjurkan menggunakan duit rakyat yang disalurkan kepada semua ahli parlimen blok kerajaan bagi membantu rakyat di kawasan masing-masing.
TONTON PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI
