
كاهلين ادون ڤڤبم جوهر سهاروسڽ ترلوچوت سچارا اوتوماتيق، ستاتوس كراجأن جوهر كيني جادي ڤرسوالن
Keahlian bekas menteri Johor besar Osman Sapian dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebetulnya terlucut secara otomatik berdasarkan apa yang diakui sendiri oleh kepimpinan parti itu, termasuk setiausaha agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Ini kerana Osman Sapian dilihat bersama beberapa pemimpin Pejuang semasa kempen pilihan raya kecil Slim, sekaligus bermakna beliau berkempen untuk ahli sebuah parti yang sah tidak sehaluan dengan PPBM malah menentang terus kepimpinan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Memetik kes Datuk Dr Shahruddin Md Salleh, pada 19hb Julai 2020, keahlian beliau dalam PPBM didakwa terhenti secara serta merta menurut Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan parti.
Sebelum itu, Muhyiddin sendiri mengumumkan pelucutan keahlian lima pemimpin PPBM termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa melanggar perlembagaan parti kerana memilih untuk terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) walaupun parti memutuskan sebaliknya.
PETALING JAYA: Keahlian bekas menteri besar Johor Osman Sapian dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebetulnya terlucut secara otomatik berdasarkan apa yang diakui sendiri oleh kepimpinan parti itu, termasuk setiausaha agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Ini kerana Osman Sapian dilihat bersama beberapa pemimpin Pejuang semasa kempen pilihan raya kecil Slim, sekaligus bermakna beliau berkempen untuk ahli sebuah parti yang sah tidak sehaluan dengan PPBM malah menentang terus kepimpinan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Memetik kes Datuk Dr Shahruddin Md Salleh, pada 19hb Julai 2020, keahlian beliau dalam PPBM didakwa terhenti secara serta merta menurut Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan parti.
Perkara ini didedah oleh Hamzah, yang mendakwa Shahruddin melanggar perlembagaan parti kerana tidak bersama blok kerajaan pimpinan Muhyiddindi Dewan Rakyat.
“Oleh demikian, adalah dimaklumkan bahawa keahlian beliau (Shahruddin) terhenti secara serta merta menurut fasal 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan BERSATU,” katanya
Sebelum itu, Muhyiddin sendiri mengumumkan pelucutan keahlian lima pemimpin PPBM termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa melanggar perlembagaan parti kerana memilih untuk terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) walaupun parti memutuskan sebaliknya.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
