
“Tindakan menandatangani MoU ini memberi isyarat jelas kepada rakyat bahawa Pakatan Harapan sememangnya menumpu kepada agenda menjadikan Anwar Perdana Menteri tanpa mengendahkan langsung agenda reformasi”
Raggie Jessy Rithaudeen
كادأن ماكين ڬنتيڠ
Baru-baru ini, Anthony Loke menasihatkan Pakatan Harapan untuk tidak terus menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu-satunya calon Perdana Menteri selepas gabungan itu kalah teruk dalam Pilihan Raya Negeri Melaka 20hb November lalu.
Menurut Loke, Pakatan Harapan seharusnya bertumpu kepada agenda reformasi dan tidak menjadikan agenda “mencalonkan Anwar sebagai Perdana Menteri” agenda utama gabungan itu.
Sebenarnya, kenyataan Loke amat tepat, kerana tidak masuk akal jika Pakatan Harapan hanya menumpu kepada agenda menjadikan seorang individu Perdana Menteri tanpa mengendahkan agenda membawa perubahan kepada negara.
Pilihan Raya Negeri Sabah sudah pun menunjukkan dengan jelas rakyat tidak teruja dengan pencalonan Anwar sebagai Perdana Menteri.
Ini terbukti apabila PKR hampir hangus di Sabah biarpun Anwar mendakwa memiliki sokongan majoriti ahli-ahli parlimen untuk jawatan Perdana Menteri hanya beberapa hari sebelum tarikh pilihan raya.
WARISAN, sebaliknya, menunjukkan peningkatan nyata dari segi jumlah perolehan kerusi berbanding Pilihan Raya Umum ke-14, biarpun parti itu menyatakan secara terbuka sokongannya terhadap perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad.
BACA JUGA: NAJIB KANTOI MEMFITNAH LAGI
Pada ketika itu, tidak ada SOP ketat yang melarang kempen ceramah atau kempen rumah-ke-rumah sepertimana di Melaka.
Ini menandakan alasan yang diberikan oleh kumpulan pro-Anwar kononnya SOP di Melaka mungkin menjejaskan prestasi PKR tidak tepat dan tidak boleh diterima.
Di Melaka, PKR langsung tidak memenangi sebarang kerusi berbanding DAP yang mampu mengekalkan beberapa kerusi, menandakan rakyat di situ menolak terus kepimpinan Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan Pengerusi Pakatan Harapan.
Penolakkan ini disyaki berpunca daripada kesanggupan Anwar menerima “taraf menteri” dan menandatangani MoU bersama kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri, yang dikira pemimpin “gerombolan pengkhianat mandat rakyat” Barisan Nasional dan Perikatan Nasional.
Malah, tindakan menandatangani MoU ini memberi isyarat jelas kepada rakyat bahawa Pakatan Harapan sememangnya menumpu kepada agenda menjadikan Anwar Perdana Menteri tanpa mengendahkan langsung agenda reformasi.
DAP menerima padah daripada penolakan di Melaka apabila gagal mempertahankan dua tiga kerusi, menyebabkan parti itu terpaksa mempertimbangkan semula penamaan Anwar sebagai calon Perdana Menteri.
Tetapi seperti biasa, Anwar tidak mengendahkan suara rakyat, dan sebaliknya, mengerahkan otai-otainya untuk membuat pelbagai kenyataan dan dakwaan palsu yang hanya mampu mengeruhkan lagi keadaan dan menjadikan rakyat lebih meluat dengan PKR.
Sebelum ini, apaila Mahathir menerajui Pakatan Harapan, otai-otai Anwar tidak serik menggangu-gugat pentadbiran beliau hari demi hari dengan isu peralihan kuasa, biarpun Mahathir baru sahaja menjawat jawatan Perdana Menteri selama beberapa minggu.
Anwar pula gagal mengawal otai-otainya, malah turut mengungkit-ungkit isu peralihan kuasa tanpa segan dan silu dan beberapa kali mendakwa memiliki sokongan majoriti ahli-ahli parlimen untuk menjadi Perdana Menteri.
Ini menyebabkan ramai ahli parlimen PPBM tidak selesa dan khuatir Anwar berniat jahat, dan disebabkan perkara inilah Tan Sri Muhyiddin Yassin berjaya memperdaya ahli-ahli parlimen PPBM untuk bersama puak Kleptokrat dan PAS.
Lebih memeranjatkan lagi apabila sepuluh ahli parlimen dari PKR bertindak keluar Pakatan Harapan untuk bersama puak Kleptokrat, termasuk orang yang paling dipercayai oleh Anwar, Datuk Seri Azmin Ali.
Bukankah ini petanda jelas Anwar tidak diterima dari dalam partinya sendiri dan tidak mampu memimpin Pakatan Harapan dengan baik?
Dan jika Anwar tidak mampu memimpin Pakatan Harapan dengan baik, bagaimanakah rakyat boleh mengharapkan beliau untuk memimpin negara, lebih-lebih lagi setelah beliau sanggup “memberi nyawa” kpada gerombolan yang mengkhianati mandat rakyat?
WAJIB BACA:
