
Raggie Jessy Rithaudeen
كنتوءي: ميسي رهسيا زاهيد كومڤول اكوان برسومڤه سوكوڠ انور ڬاڬل لاڬي
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Kita didendangkan dengan cerita kononnya Datuk Seri Dr Ahamad Zahid Hamidi memberikan Tan Sri Muhyiddin Yassin tempoh 14 hari untuk mengadakan sidang parlimen kerana Zahid ingin mempertahankan maruah Raja-Raja Melayu dan memperjuangkan nasib rakyat di medan parlimen.
Tetapi hakikatnya, misi tersembunyi Zahid dan kuncu-kuncunya adalah untuk mengumpul Surat Akuan Bersumpah daripada ahli-ahli parlimen UMNO bagi menyokong pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-9.
Ya, setelah percubaan pertama sebelum Pilihan Raya Negeri Sabah gagal teruk, satu lagi percubaan telah diusahakan oleh Zahid bersama kuncu-kuncunya sebelum Yang Di-Pertuan Agong bertemu dengan 18 ketua parti politik.
Malangnya, bukan hanya misi kedua ini gagal, mereka yang terlibat hanya sekadar berjaya kumpulkan enam hingga tujuh Surat Akuan Bersumpah.
Justeru, Zahid terpaksa berbalik kepada kemungkinan berlakunya rundingan antara beliau dan Muhyiddin, sekaligus bermakna ‘ugutan tempoh 14 untuk parlimen bersidang’ adalah muslihat semata-mata.
BACA PENDEDAHAN PENUH MUSLIHAT ZAHID DI SINI
WAJIB BACA:
Hanya Mahathir seorang beri jalan penyelesaian khusus
