Kantoi: Laporan ‘rakyat pilih Muhyiddin tadbir negara’ disediakan orang Muhyiddin sendiri…

Raggie Jessy Rithaudeen

Dalam pada media sosial dibanjiri dengan hastag #Muhyiddinout dan desakan agar Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur, tiba-tiba muncul satu laporan yang mendakwa 65 peratus generasi muda di seluruh Malaysia menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Dalam pada Muhyiddin diserang bertubi-tubi di Facebook kerana mengamalkan politik darjat dan politik wang, kuasa dan kedudukan, ada pula laporan yang mendakwa sokongan terhadap Muhyiddin melangkaui sokongan generasi muda terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.




Tetapi tahukah saudara saudari, pihak yang menyediakan laporan itu tak lain tak bukan EMIR Research, sebuah badan penyelidik yang diterajui oleh Datuk Wira Dr Rais Hussin Mohamed Ariff, ahli Majlis Pimpinan Tinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan sekutu rapat Muhyiddin?

Tahukah anda bahawa Rais dibawa masuk menyertai PPBM oleh Muhyiddin sendiri dari awal penubuhan parti itu lagi, dan tahukah anda bahawa Rais merupakan antara ahli MPT PPBM yang menyokong penuh pelucutan keahlian Mahathir dari parti itu?

Malah, Rais turut merupakan Pengerusi Biro Strategi dan Dasar PPBM dan dilantik sebagai pengerusi baru Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) pada 12hb Jun 2020, tiga bulan selepas Muhyiddin merampas kerajaan.

Jadi cuba saudara saudari jelaskan bagaimana EMIR Research boleh dianggap sebagai badan penyelidik ‘bebas’, sedangkan penaungnya, Rais Hussin, diketahui oleh semua di PPBM sebagai “tangan kanan” Muhyiddin dan diberi jawatan-jawatan penting dalam kerajaan dan PPBM oleh Muhyiddin sendiri?

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...