Kantoi lagi: Fitnah kononnya Mahathir rasis melantun balik kat Najib – Orang Cina bukan bodoh

Di hadapan penyokong Melayu, Najib berkata setiap undi kepada pembangkang akan memberi kuasa kepada DAP. Di hadapan penyokong Cina, ayatnya bertukar kepada DAP tidak akan pernah berkuasa. Sumber (gambar): TTF

“Najib lupa bagaimana beliau sendiri pernah membela Utusan Malaysia apabila akhbar itu menerbitkan artikel “Apa lagi Cina mahu?” pada tahun 2013”

Raggie Jessy Rithaudeen

كنتوءي لاڬي: فتنه كونونڽ محضير راسيس ملنتون باليق كت نجيب – اورڠ چينا بوكن بودوه لا نجيب…

Datuk Seri Najib Tun Razak barangkali percaya bahawa masyarakat Cina di Malaysia bodoh dan akan mempercayai segala apa yang dikatakannya tanpa soal selidik.

Hari ini, ketika menyampaikan ucapan di Forum Ekonomi China Sedunia 2021, Najib mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad adalah rasis, semata-mata kerana Mahathir menukar pendirian terhadap pelaburan langsung asing (FDI) dari China ketika menjadi perdana menteri.

“Projek Forest City juga dijadikan propaganda politik untuk menyerang saya,” katanya.




Namun, Najib tidak menyertakan sebarang bukti bahawa Mahathir melakukan tindakan tertentu atas dasar rasis dan bukannya atas pertimbangan ekonomi atau kewangan.

Sebenarnya, pentadbiran Mahathir menjelaskan dengan tepat sebab projek-projek bersama China yang menelan belanja berbilion-bilion ringgit samada ditunda atau diteruskan menerusi cara lain.

Menurut Mahathir, projek-projek berkenaan perlu dikaji semula bagi memastikan tidak wujud ketirisan atau perjanjian yang tidak masuk akal, memandangkan projek-projek tersebut dimulakan oleh kerajaan Kleptokrasi pimpinan Najib.

Satu dunia tahu bahawa kerajaan kleptokrasi pimpinan Najib terpalit dengan pelbagai skandal salah guna kuasa, penggubahan wang haram dan (atau) rasuah, termasuk skandal 1MDB, skandal SRC dan skandal pengubahsuaian laporan audit 1MDB.

Mahathir menjelaskan, beliau ingin membatalkan projek infrastruktur China bernilai bilion ringgit kerana kerajaan ingin mengeluarkan negara daripada hutang lebih RM1 trilion yang dicatat di bawah pentadbiran Najib.

Akhirnya, pada 12hb April 2019, Pakatan Harapan meluluskan juga Projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang tergantung sejak Julai 2018, setelah berjaya mengurangkan kos sebanyak RM21.5 bilion bagi fasa 1 dan 2!

Ini membuktikan bahawa niat sebenar Mahathir adalah untuk mengurangkan hutang negara dan memastikan bahawa tidak wujud ketirisan atau perjanjian yang tidak masuk akal, bukannya kerana beliau anti-Cina.

Loading...

Kenapa Najib tidak menceritakan perkara ini?

Apakah Najib lupa bagaimana beliau sendiri pernah membela Utusan Malaysia apabila akhbar itu menerbitkan artikel “Apa lagi Cina mahu?” pada tahun 2013?

Malah, setiap kali diadakan persidangan Umno, Najib dan gerombolannya sentiasa membangkit-bangkitkan soal ketuanan Melayu yang kononnnya sedang dicabar oleh entah siapa, bagi menghalalkan slogan “perjuangan belum selesai” yang sememangnya dah lama selesai.

Di hadapan penyokong Melayu, Najib berkata setiap undi kepada pembangkang akan memberi kuasa kepada DAP.

Di hadapan penyokong Cina, ayatnya bertukar kepada DAP tidak akan pernah berkuasa.

Bukankah tingkah laku Najib ini memiliki ciri-ciri kepemimpinan yang rasis?



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...