‘Kalau Anwar boleh bukti saya ada RM1 bilion, separuh saya bagi dia’ – Tun Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad. Sumber (gambar): TTF

ءكالاو انور بوليه بوقتي ساي اد رم1 بيلياون، سيڤروح ساي باڬي ديء – تون محضير

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuktikan dakwaan beliau memiliki sejumlah wang seperti yang didakwa Perdana Menteri ke-10 itu.

Bahkan, bekas Perdana Menteri sebanyak dua kali itu secara berseloroh berkata, sekiranya Anwar mampu berbuat demikian, separuh daripada wang berkenaan akan diberikan kepada Ahli Parlimen Tambun itu.

“(Paling utama ketika ini) beliau tidak payah suruh orang lain, jawab (dan buktikan dahulu) tuduhan kononnya saya ada berbilion (ringgit), (Datuk Seri) Mukhriz (Mahathir) ada berbilion, ada jet dan sebagainya, tunjuk (kepada umum),” kata Dr Mahathir membidas Anwar.

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pertubuhan Prihatin Kubang Pasu di Kampung Naga, di sini, malam tadi (Khamis).


JITRA: Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuktikan dakwaan beliau memiliki sejumlah wang seperti yang didakwa Perdana Menteri ke-10 itu.

Bahkan, bekas Perdana Menteri sebanyak dua kali itu secara berseloroh berkata, sekiranya Anwar mampu berbuat demikian, separuh daripada wang berkenaan akan diberikan kepada Ahli Parlimen Tambun itu.




“(Atas) sebab (tuduhan) itu, saya cabar Anwar, kalau (dia dapat) jumpa RM1 bilion (yang dikatakan) duit (yang ada kepada) saya, saya (akan) bagi dia separuh (daripada amaun itu),

TONTON: BANYAK CARA PM BOLEH HILANG MAJORITI & DISINGKIR SECARA DEMOKRATIK

“(Berkaitan) bekas pemimpin (yang didakwa kaut keuntungan), dia cabar buat apa, dulu dia ‘ex-Malay leader’ juga, (saya rasa) dia patut isytihar dia punya harta dahulu… bagi contoh dan dia bagi (cabaran itu) kepada semua orang,

“(Paling utama ketika ini) beliau tidak payah suruh orang lain, jawab (dan buktikan dahulu) tuduhan kononnya saya ada berbilion (ringgit), (Datuk Seri) Mukhriz (Mahathir) ada berbilion, ada jet dan sebagainya, tunjuk (kepada umum),” kata Dr Mahathir membidas Anwar.

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pertubuhan Prihatin Kubang Pasu di Kampung Naga, di sini, malam tadi (Khamis).

Pada 6 Mei lalu, Anwar mencabar bekas pemimpin dan pembesar yang mendapat keuntungan ketika era pemerintahan mereka untuk berkongsi kekayaan dengan orang Melayu yang lain.

Jelas Anwar, ini kerana pemimpin-pemimpin berkenaan dilihat hanya mengaut keuntungan untuk diri sendiri dan keluarga ketika pentadbiran masing-masing.

Namun, apabila mereka tidak lagi berkuasa, isu membabitkan penyatuan serta kekuatan orang Melayu baru dibangkitkan dan diperjuangkan individu berkenaan.

Loading...

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...