Kabinet Ismail Sabri setuju cadangan laksana reformasi halang MP ada kes mahkamah ke Parlimen

Dua lagi cadangan reformasi Parlimen yang dipersetujui Kabinet pada mesyuarat kelmarin adalah berkaitan penggubalan Akta Perkhidmatan Parlimen serta pengenalan Draf Kod Etika Ahli-Ahli Parlimen. Sumber (gambar): Fail TTF

كابينيت اسماعيل صبري ستوجو لقسان ريفورماسي هالڠ مڤ اد كيس محكمه ك ڤرليمين

Kabinet bersetuju dengan cadangan melaksana reformasi Parlimen termasuk meminda Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 (Akta 347) sama ada melarang atau membenarkan Ahli Parlimen yang dituduh di mahkamah, digantung daripada menghadiri persidangan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata perkara itu masih diperhalusi untuk disesuaikan dengan perkembangan dan peraturan sedia ada Dewan Rakyat.

“Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 dimansuhkan melalui Akta Perlembagaan (Pindaan) 1992 (Akta A837), berkuat kuasa 20 November 1993. Pemansuhannya bertujuan memenuhi keperluan ketika itu untuk membuka perkhidmatan Parlimen yang tertutup kepada perkhidmatan awam Persekutuan.

“Penggubalan akta ini juga mengambil kira penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen sebagai sebahagian pengurusan Parlimen yang mempunyai kuasa autonomi untuk menentukan dasar dan tadbir urus Parlimen Malaysia,” katanya.


KUALA LUMPUR: Kabinet bersetuju dengan cadangan melaksana reformasi Parlimen termasuk meminda Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 (Akta 347) sama ada melarang atau membenarkan Ahli Parlimen yang dituduh di mahkamah, digantung daripada menghadiri persidangan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata perkara itu masih diperhalusi untuk disesuaikan dengan perkembangan dan peraturan sedia ada Dewan Rakyat.




SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

“Akta 347 adalah akta berhubung kuasa dan keistimewaan Majlis Parlimen, kebebasan bercakap dan berbahas dalam prosiding majlis itu dan perlindungan kepada orang yang diambil khidmat dalam penyiaran kertas-kertas majlis itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain pindaan Akta 347, Wan Junaidi berkata, dua lagi cadangan reformasi Parlimen yang dipersetujui Kabinet pada mesyuarat kelmarin adalah berkaitan penggubalan Akta Perkhidmatan Parlimen serta pengenalan Draf Kod Etika Ahli-Ahli Parlimen.

TONTON: KLUSTER MAHKAMAH KENA GAME LAGI, KETEGANGAN MEMUNCAK

“Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 dimansuhkan melalui Akta Perlembagaan (Pindaan) 1992 (Akta A837), berkuat kuasa 20 November 1993. Pemansuhannya bertujuan memenuhi keperluan ketika itu untuk membuka perkhidmatan Parlimen yang tertutup kepada perkhidmatan awam Persekutuan.

“Penggubalan akta ini juga mengambil kira penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen sebagai sebahagian pengurusan Parlimen yang mempunyai kuasa autonomi untuk menentukan dasar dan tadbir urus Parlimen Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, beberapa perkara akan diteliti termasuk cadangan mewujudkan Skim Perkhidmatan Parlimen serta sumber kewangan dan bajet tahunan yang diperoleh Parlimen daripada Kumpulan Wang Disatukan (KWD) yang dikawal selia Suruhanjaya Parlimen sendiri, selaras prinsip pengasingan kuasa.

Berkenaan Kod Etika Ahli-ahli Parlimen, Wan Junaidi berkata, ia akan menggariskan tatatertib lebih terperinci kepada sikap ahli Parlimen di dalam dan luar dewan sebagaimana dilaksanakan di beberapa negara lain.

Katanya, cadangan memperkenalkan kod etika itu selaras dengan apa yang dilaksanakan di beberapa negara termasuk India dan New Zealand.

Loading...

“Kod etika dicadangkan ini adalah draf digubal pada 2011 ketika menjadi Pengerusi Jawatankuasa Teknikal untuk menggubal kod etika Ahli Parlimen di bawah Jawatankuasa Pembaharuan dipengerusikan Datuk Seri Najib Razak ketika itu, namun pelaksanaan kod etika ini tidak diambil kira sejak itu,” katanya.

Susulan keputusan Kabinet itu, beliau sudah memohon supaya Speaker Dewan Negara dan Dewan Rakyat mengadakan persidangan jawatankuasa dipengerusikan mereka bagi memutuskan rangka kerja serta libat urus menteri dengan semua pemegang taruh berkaitan undang-undang berkenaan.

“Ia juga bagi membincangkan cadangan takwim, garis masa dan tindakan lanjut yang akan dilaksanakan oleh Parlimen serta Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Kedua-dua perkara ini berada dalam agenda pembaharuan Parlimen yang dipersetujui menerusi Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik yang termaktub dan dimeterai pada 13 September 2021,” katanya.

Sumber:

Tajuk:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...