
جوري 1مدب دتونجوق بوقتي هيتم ڤوتيه ڤمبواتن كالوڠ برلين اونتوق روسمه برنيلاي رم97 جوت
Juri dalam perbicaraan bekas pegawai Goldman Sachs Group Inc, Roger Ng, melihat bukti hitam putih barang kemas yang dibeli dengan wang yang didakwa dirompak dalam skandal rasuah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bernilai berbilion dolar Amerika.
Menurut laporan, resit untuk kalung berserta berlian merah jambu besar (pink diamond) bernilai AS$23 juta (kira-kira RM97 juta) telah ditunjukkan kepada mereka.
Menurut laporan lagi, pembuat kalung itu menghantarnya sendiri kepada Rosmah semasa dia tinggal di atas kapal layar bersama Jho Low di luar pantai Monaco.
Rosmah juga didakwa membeli tambahan AS$1.3 juta (kira-kira RM5.3 juta) barang kemas daripada Lorraine pada 2014.
Juri dalam perbicaraan bekas pegawai Goldman Sachs Group Inc, Roger Ng, melihat bukti hitam putih barang kemas yang dibeli dengan wang yang didakwa dirompak dalam skandal rasuah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bernilai berbilion dolar Amerika.
Menurut laporan, resit untuk kalung berserta berlian merah jambu besar (pink diamond) bernilai AS$23 juta (kira-kira RM97 juta) telah ditunjukkan kepada mereka.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
Kalung berkenaan dibuat oleh tukang emas tersohor di New York, Lorraine Schwartz, untuk isteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor.
TONTON: NAJIB KOYAK TERUS
Menurut laporan Bloomberg, juri tidak ditunjukkan kalung fizikal mahupun gambarnya, hanya sekadar invois yang membuktikan pembelian barang kemas itu.
Bukan itu sahaja, juri diberitahu bahawa Lorraine telah dihubungi oleh Jho Low pada Jun 2013 untuk menghasilkan berlian merah jambu berkenaan untuk Rosmah.
Menurut laporan lagi, Lorraine kemudiannya menghantar sendiri kalung itu kepada Rosmah semasa dia tinggal di atas kapal layar bersama Jho Low di luar pantai Monaco.
Rosmah juga didakwa membeli tambahan AS$1.3 juta (kira-kira RM5.3 juta) barang kemas daripada Lorraine pada 2014.
Roger Ng merupakan satu-satunya pegawai Goldman yang menghadapi perbicaraan dalam skandal itu.
Dia dituduh bersubahat dengan bekas bosnya, Tim Leissner, untuk membantu Jho Low membawa masuk berbilion dolar daripada 1MDB.
THE THIRD FORCE
WAJIB BACA:
RUU Anti Lompat tak boleh halang kerjaan tumbang, tak boleh tarik pengundi
