Jom Bicara: Kerajaan tak stabil?

“…Anwar sebenarnya tidak yakin kerajaan stabil…” SAKSIKAN PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI

Raggie Jessy Rithaudeen

Terdapat tiga tema utama pada Kongres PKR baru-baru ini, iaitu:

1.     fitnah atau ‘tuding jari’ terhadap pembangkang, khususnya PAS




2.     percubaan terdesak yakinkan perwakilan bahawa Perdana Menteri masih popular dan kerajaan masih stabil, dan

3.     percubaan ‘halalkan’ kegagalan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim

Ini adalah cerapan peribadi saya berdasarkan ‘jiwa kongres’ berkenaan (the spirit of the congress), bersandar kepada ucapan-ucapan yang disampaikan.

Contohnya, Anwar memberitahu delegasi bahawa pelaksanaan reformasi atau perubahan tidak harus tergesa-gesa.

Masalahnya, setelah 20 tahun ‘tergesa-gesa’ untuk menjadi Perdana Menteri, PKR tiba-tiba mahu Anwar kekal dua penggal (10 tahun) untuk melaksanakan reformasi.

Peliknya, banyak reformasi yang dijanjikan hanya memakan masa kurang dari 10 minit untuk dilaksanakan atau diumumkan, contohnya, memansuhkan undang-undang zalim (akta hastan dan SOSMA), mengumumkan pengunduran Anwar sebagai menteri kewangan, melarang penglibatan ahli keluarga menteri dalam kerajaan, mengumumkan penurunan harga minyak dan sebagainya.

Saya dapat rasakan PKR sudah cemas dengan realiti semasa, yakni kegagalan kerajaan pimpinan Anwar melakukan perubahan yang dijanjikan dan krisis-krisis besar yang melanda (krisis matawang, ekonomi, kos sara bidup dan bekalan makanan asas, antara lain).

Loading...

Disebabkan itu, mereka cuba yakinkan orang ramai bahawa kerajaan pimpinan Anwar berada di landasan yang betul dan ‘ada sebab’ perubahan yang dijanjikan masih belum dilaksanakan.

Namun, tidak ada sebarang ‘sebab’ munasabah yang disajikan.

Cuba fikir, adakah Anwar perlu lebih setahun untuk memberi laluan kepada menteri kewangan baharu, sedangkan, Anwar sendiri mencalonkan dirinya sebagai menteri kewangan, itu pun dalam tempoh kurang seminggu selepas dilantik Perdana Menteri?

Adakah Anwar lupa janji Pakatan Harapan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 bahawa Perdana Menteri tidak akan memegang sebarang portfolio lain, khususnya, portfolio menteri kewangan?

Adakah Anwar perlu lebih setahun untuk mengumumkan penurunan harga minyak, sedangkan, beliau terang-terang mengulangi janji untuk berbuat demikian dalam tempoh 24 jam tidak lama sebelum Pilihan Raya Umum ke-15?

Adakah Anwar perlu lebih setahun untuk menunaikan janji memansuhkan undang-undang ‘zalim’ (draconian), khususnya, akta hasutan dan SOSMA?

Bukankah sokongan yang diterima oleh PKR, DAP dan AMANAH bersandar kepada janji-janji ini dan berpuluh lagi janji yang terkandung dalam buku manifesto Pakatan Harapan?

Anwar tidak ingin ‘tergesa-gesa’ dalam pada negara berdepan krisis ekonomi, matawang, bahan makanan dan kos sara hidup yang serius.

Namun, bila Tan Sri Muhyiddin Yassin memegang jawatan Perdana Menteri, Anwar tidak serik mengkritik kerajaan, walaupun pada ketika itu, negara berhadapan malapetaka kesihatan yang luar biasa besar.

Keadaan matawang dan ekonomi pada ketika itu jauh lebih kukuh berbanding sekarang, tetapi Anwar masih hendak perubahan dilakukan ‘tergesa-gesa’ dan sempat menyelar menteri “tak reti buat kerja.”

Jadi kenapa sekarang Anwar tidak tergesa-gesa melakukan ‘reformasi’ yang dijanjikan dalam pada negara menghadapi situasi kecemasan (matawang. Ekonomi, makanan, kos sara hidup) yang berlipat kali ganda lebih teruk berbanding zaman Muhyiddin?

Bagi saya, sebabnya jelas – Anwar tidak yakin kerajaan stabil…

SAKSIKAN PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...