‘Jilat balik ludah kamu’ – Anthony Loke kepada Wee Ka Siong

Loke mencabar Wee dan Tengku Zafrul menyenaraikan bilangan projek yang telah mereka berikan melalui tender terbuka dan rundingan terus semasa mereka menjadi menteri setakat ini. Sumber (gambar): FMT

ءجيلت باليق لوده كاموء – انطاني لوك كڤد وي ك سيونڬ

Bekas menteri pengangkutan Loke Siew Fook berkata penggantinya Wee Ka Siong perlu “menjilat balik ludahnya” susulan Landasan Berkembar Lembah Klang Fasa 2 (KVDT2) dijangka disambung semula dengan kos sama seperti dirunding kerajaan Pakatan Harapan.

Setiausaha Agung DAP itu menegaskan, Wee pada Ogos 2020 berkata projek KVDT2 bernilai RM4.5 bilion itu adalah terlalu mahal dan akan dibuka semula untuk tender.

Bagaimanapun, minggu lalu, Wee mengesahkan projek itu akan diteruskan di bawah Dhaya Maju-LTAT Sdn Bhd dan masih menelan belanja RM4.5 bilion.

“Wee kena telan (jilat) balik air liur (ludah) kerana kerajaan masih menjalankan perjanjian rundingan terus,” kata Loke pada sidang media.


KUALA LUMPUR: Bekas menteri pengangkutan Loke Siew Fook berkata penggantinya Wee Ka Siong perlu “menjilat balik ludahnya” susulan Landasan Berkembar Lembah Klang Fasa 2 (KVDT2) dijangka disambung semula dengan kos sama seperti dirunding kerajaan Pakatan Harapan.

Setiausaha Agung DAP itu menegaskan, Wee pada Ogos 2020 berkata projek KVDT2 bernilai RM4.5 bilion itu adalah terlalu mahal dan akan dibuka semula untuk tender.




Bagaimanapun, minggu lalu, Wee mengesahkan projek itu akan diteruskan di bawah Dhaya Maju-LTAT Sdn Bhd dan masih menelan belanja RM4.5 bilion.

“Wee kena telan (jilat) balik air liur (ludah) kerana kerajaan masih menjalankan perjanjian rundingan terus,” kata Loke pada sidang media.

Pada September 2020, Dhaya Maju-LTAT memulakan tuntutan terhadap kerajaan, Wee dan dua pihak lain selepas Putrajaya menamatkan kontrak KVDT2. Saman itu diselesaikan selepas kedua-dua pihak memuktamadkan penyelesaian mereka pada 2 Ogos.

Pertikaian itu timbul selepas Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz mengeluarkan senarai 101 projek bernilai RM6.61 bilion yang dianugerahkan melalui rundingan terus semasa pentadbiran PH, termasuk projek KVDT2.

Loke berkata, proses tender terbuka tidak boleh dibuat kerajaan PH kerana kontrak berkenaan telah ditandatangani berdasarkan perjanjian yang ditandatangani oleh pentadbiran Barisan Nasional sebelum ini.

“Kita tidak mempunyai pilihan selain meneruskan projek itu kerana akan ada implikasi undang-undang jika kita tarik diri kerana Surat Setuju Terima telah diberikan kepada kerajaan terdahulu,” katanya sambil menambah bahawa projek itu sebelum ini “diserahkan” kepada PH.

Loke turut mencabar Wee dan Tengku Zafrul menyenaraikan bilangan projek yang telah mereka berikan melalui tender terbuka dan rundingan terus semasa mereka menjadi menteri setakat ini.

Loading...

“Memandangkan Wee dilihat seperti mahu menjadi ‘hero tender terbuka’, dia sepatutnya boleh senaraikan projeknya,” katanya.

Projek KVDT2 melibatkan pemulihan 265km landasan kereta api dari Salak Selatan di Kuala Lumpur ke Seremban dan dari Simpang Port Klang berdekatan Mid Valley di Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang.

Projek itu tertangguh dua kali sejak 2017, apabila ia dibatalkan oleh kerajaan PH dan kemudian dipulihkan, dan dibatalkan sekali lagi oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga mencetuskan tindakan undang-undang oleh kontraktornya, Dhaya Maju-LTAT.

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...