JIKA PERKARA INI BERLAKU, PRN SAH JADI REFERENDUM RAKYAT TOLAK ANWAR, ZAHID

“…penanda aras yang betul ialah jumlah keseluruhan kerusi yang dipegang oleh Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan Perikatan Nasional di kesemua enam negeri”

Raggie Jessy Rithaudeen

جك ڤركارا اين برلاكو، ڤرن صح جادي ريفيرندوم رعيت تولق انور، زاهيد

如果这件事发生,PRN 是合法的,因为人民公投拒绝了安瓦尔,扎希德

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Pilihan Raya Negeri yang bakal berlangsung di enam buah negeri 12 Ogos ini akan menjadi penentu tahap penerimaan rakyat terhadap gandingan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kini, walaupun Pakatan Harapan dan Barisan Nasional memegang 59 peratus daripada jumlah kerusi di kesemua enam negeri, Perikatan Nasional tetap menguasai separuh negeri-negeri berkenaan.




TONTON: JIKA PERKARA INI BERLAKU, PRN SAH JADI REFERENDUM RAKYAT TOLAK ANWAR, ZAHID

Ini bermakna, jumlah negeri yang dikuasai oleh mana-mana parti bukanlah penanda aras yang betul apabila kita ingin bercerita perihal “kuasa kolektif rakyat” dalam konteks nasional atau kebangsaan.

Sebaliknya, penanda aras yang betul ialah jumlah keseluruhan kerusi yang dipegang oleh Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan Perikatan Nasional di kesemua enam negeri.

Tidak mustahil akan berlaku situasi di mana Perikatan Nasional berjaya mengatasi Pakatan Harapan dan Barisan Nasional dari segi jumlah perolehan kerusi, namun kekal menguasai hanya separuh daripada enam negeri yang terlibat dalam PRN.

Biarpun begitu, Perikatan Nasional tetap dikira sebagai “mewakili rakyat dalam kapasiti yang lebih besar berbanding Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.”

Ini sekaligus akan menjadi referendum atau penanda aras “gelombang penolakkan rakyat” terhadap gandingan Anwar, Zahid dan kerajaan pimpinan mereka, lebih-lebih lagi jika Perikatan Nasional berjaya menang lebih separuh daripada jumlah kerusi yang menjadi rebutan.

TONTON: JIKA PERKARA INI BERLAKU, PRN SAH JADI REFERENDUM RAKYAT TOLAK ANWAR, ZAHID

#PMX #Anwar #Zahid #PRN #PerikatanNasional

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...