Jika menang PRU15, GTA akan laksanakan seluruh Belanjawan 2023, tambah baik di mana perlu – Mahathir

جك منڠ ڤرو15، ڬتا اكن لقسانكن سلوروه بلنجاوان 2023، تمبه باءيق د مان ڤرلو – محضير

Gerakan Tanah Air (GTA) akan melaksanakan semua yang terkandung dalam Bajet 2023 jika gabungan itu menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusi Penajanya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ahli Parlimen Langkawi itu turut menjelaskan selain meneruskan Bajet 2023, pihaknya akan meneliti dan menambah baik bajet berkenaan sekiranya ada perkara lain yang perlu diberikan perhatian.

Sebelum ini, Tengku Zafrul meminta semua ahli Parlimen termasuk pembangkang menyokong pembentangan bajet berkenaan demi kebaikan tanah air dan masa depan lebih 32 juta rakyat Malaysia.

Jelasnya, Bajet 2023 itu diharap dapat mengubati pelbagai keperitan yang dialami rakyat buat masa ini susulan isu-isu atau masalah terdahulu.


SHAH ALAM: Gerakan Tanah Air (GTA) akan melaksanakan semua yang terkandung dalam Bajet 2023 jika gabungan itu menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusi Penajanya, Tun Dr Mahathir Mohamad.




Ahli Parlimen Langkawi itu turut menjelaskan selain meneruskan Bajet 2023, pihaknya akan meneliti dan menambah baik bajet berkenaan sekiranya ada perkara lain yang perlu diberikan perhatian.

“Kalau GTA menang, kami akan laksanakan semua yang terkandung dalam Bajet 2023 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

“Jika ada tempat-tempat yang kita boleh perbaiki dengan lebih baik kita akan usahakan tapi kita tidak akan kurangkan apa yang telah dimasukkan dalam bajet itu,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu

Sebelum ini, Tengku Zafrul meminta semua ahli Parlimen termasuk pembangkang menyokong pembentangan bajet berkenaan demi kebaikan tanah air dan masa depan lebih 32 juta rakyat Malaysia.

Jelasnya, Bajet 2023 itu diharap dapat mengubati pelbagai keperitan yang dialami rakyat buat masa ini susulan isu-isu atau masalah terdahulu.

Bajet yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion itu merangkumi empat teras fokus iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan.

Sumber:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...