جواڤن برتوليس ازلينا سهكن تودوهن انور ترهادڤ ڤن چوما ريكأن، ڤمبوهوڠن – حمزه زاينودين
UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyifatkan jawapan bertulis Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said di Dewan Rakyat semalam satu pengesahan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Perikatan Nasional (PN) adalah rekaaan dan pembohongan semata-mata.
Menurut Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, rakyat perlu menghukum secara total terhadap ‘fitnah’ berkenaan terutamanya dalam pilihan raya di enam buah negeri yang bakal berlangsung tidak berapa lama lagi.
Semalam, Azalina memaklumkan Dewan Rakyat bahawa SPRM sudah menjalankan kajian terperinci berkaitan dakwaan penerimaan dana syarikat judi oleh PN, namun maklumat itu terlalu umum dan tiada pihak yang boleh mengesahkannya.
Perkembangan ini menimbulkan tanda tanya dari mana Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat maklumat PN mungkin memperoleh dana politik dari syarikat berkaitan perjudian bagi membiayai perbelanjaan pilihan raya.

“Pengesahan oleh Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said bahawa tiada satu pun parti dalam PN mendapat sumbangan daripada dana judi dalam PRU-15 membuktikan bahawa kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim telah melakukan fitnah.
TONTON: KRISIS BESAR MELANDA PH MENJELANG PRN, AKAR UMBI UMNO DITIPU BULAT-BULAT
“Jawapan bertulis Datuk Seri Azalina Othman Said di Dewan Rakyat, bertarikh 25 Mei 2023 itu juga secara terang lagi bersuluh mengesahkan bahawa tuduhan Anwar Ibrahim ke atas Perikatan Nasional pada 5 Disember 2022 dan diulanginya pada 6 Disember 2022 adalah rekaan serta pembohongan semata-mata,” kata Hamzah.
Semalam, Azalina memaklumkan Dewan Rakyat bahawa SPRM sudah menjalankan kajian terperinci berkaitan dakwaan penerimaan dana syarikat judi oleh PN, namun maklumat itu terlalu umum dan tiada pihak yang boleh mengesahkannya.
“Justeru, tiada apa-apa fail siasatan dibuka ke atas isu ini,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang ingin mengetahui status siasatan terhadap dakwaan parti di dalam PN mendapat sumbangan daripada dana judi ketika kempen pilihan raya umum yang lalu.
Perkembangan ini menimbulkan tanda tanya dari mana Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat maklumat PN mungkin memperoleh dana politik dari syarikat berkaitan perjudian bagi membiayai perbelanjaan pilihan raya.
5 Disember tahun lalu, Anwar membayangkan sebahagian dana pilihan raya Perikatan Nasional datang dari syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi.
Bercakap ketika sidang media di Pejabat Perdana Menteri, Anwar dilaporkan berkata dana pilihan raya untuk parti “Melayu” dan parti “Islam” datang dari syarikat perjudian.
Keesokkan harinya, Anwar mendakwa memiliki dokumen yang mengaitkan Perikatan Nasional (PN) dengan dana syarikat judi (rujuk: https://malaysiadateline.com/dana-judi-jangan-gopoh-saya-ada-dokumen-kata-anwar/)
“Saya sekarang di Kementerian Kewangan dan ada dokumen bersama saya,” katanya dalam sidang media di Kementerian Kewangan.
Persoalannya, di manakah dokumen itu?
Adakah SPRM menyiasat dakwaan Anwar, dan benarkah dokumen itu wujud?
THE THIRD FORCE