TONTON JUGA PENJELASAN PENUH DI SINI (KLIK DI SINI)
Raggie Jessy Rithaudeen
جاوه لبيه موده تومبڠكن ڤي عيم بربنديڠ ڤيندا ڤرلمباڬان ڤرسكوتوان
1. Kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang majoriti 2 per 3 berdasarkan congakkan kerusi blok kerajaan di Dewan Rakyat
2. Namun, ini tidak bermakna pindaan perlembagaan yang memerlukan majoriti 2 per 3 mustahil diluluskan
3. Pindaan pelembagaan memerlukan undian dilaksanakan tidak kira berapa kerusi yang ada di blok kerajaan
4. Tidak mustahil beberapa ahli parlimen (MP) pembangkang mengundi untuk sokong usul pindaan perlembagaan
5. Disebabkan itu, tidak mustahil usul pindaan kerajaan memperolehi majoriti 2 per 3 menerusi undian…
6. …sekalipun pm hilang majoriti 2 per 3 menerusi congakkan kerusi blok kerajaan
TONTON PENJELASAN PENUH DI SINI (KLIK DI SINI)
7. Namun, kiraan 2 per 3 adalah berdasarkan jumlah 222 kerusi parlimen dan bukannya jumlah MP yang hadir
8. Maknanya, kerajaan perlu sekurang-kurangnya 148 mp untuk sokong usul pindaan perlembagaan supaya usul itu berjaya.
9. Jika hanya 100 mp hadir ketika undian, walaupun 2 per 3 daripada mp itu (67 mp) sokong usul pindaan, usul itu akan gagal
10. Bagaimanapun, bagi rang undang-undang (RUU), kerajaan hanya perlu majoriti mudah berdasakan jumlah MP yang hadir untuk menang undian
11. Maknanya, jika hanya 100 mp hadir ketika undian RUU dan lebih 50 MP menyokong, kerajaan akan menang dalam undian itu
12. Menariknya, jika kerajaan kalah di peringkat bacaan kedua atau ketiga…
13. … ianya serupa dengan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri (PM).
14. Langkah seterusnya ialah bagi PM menghadap Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) untuk samada letak jawatan atau usulkan pembubaran parlimen
15. Jika YDPA menolak usul pembubaran parlimen, pm wajib letak jawatan, diikuti peletakan jawatan semua anggota kabinet
16. Begitu juga halnya jika usul undi tidak percaya dibenarkan oleh speaker Dewan Rakyat
17. Tidak kira berapa MP yang hadir, jika lebih separuh mengundi tidak percaya, PM wajib menghadap YDPA untuk letak jawatan atau usulkan pembubaran parlimen
18. Maknanya, adalah jauh lebih mudah untuk menumbangkan PM secara sah dan demokratik berbanding meminda perlembagaan persekutuan
19. Ini sekadar fakta untuk tujuan akademik, tidak lebih daripada itu
TONTON PENJELASAN PENUH DI SINI (KLIK DI SINI)
