Jangka hayat PM dalam gengaman Anwar, Kluster Mahkamah (Pendedahan)

Dakwaan kononnya Zahid dan Najib ‘merancang’ untuk ‘mencantas’ Ismail Sabri dalam masa terdekat sah palsu. Summer (gambar): Fail TTF

“…jadi tidak hairanlah jika Anwar menyokong pembubaran parlimen sebelum pemilihan UMNO, dan tidak hairanlah jika Pakatan Harapan menarik sokongan terhadap Ismail Sabri selepas Kluster Mahkamah berbuat demikian”

Raggie Jessy Rithaudeen

جڠك حياة ڤي عيم دالم ڬڠڬمن انور، قلوستر محكمه

Saya tertarik dengan satu artikel yang muncul baru-baru ini, di mana Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi didakwa akan cuba mencantas Datuk Seri Ismail Sabri dalam masa terdekat.

Namun, ini bukanlah perancangan sebenar Najib dan Zahid, malah pada pandangan saya, tidak timbul pun soal nak ‘cantas’ Ismail Sabri agar Pilihan Raya Umum ke-15 dapat dicetuskan.




SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Untuk memahami maksud di sebalik kenyataan ini, elok kita imbas kembali apa yang pernah saya sebutkan pada 16hb Febuari 2022, sebulan sebelum Pilihan Raya Negeri Johor.

Saya menulis:

Apakah Pakatan Harapan bersetuju untuk ‘mengorbankan kerusi-kerusi lemahnya’ di Johor agar Barisan Nasional boleh menang besar?

Apakah Pakatan Harapan sengaja menjerat MUDA untuk bersamanya di Johor, agar;

a. pengundi yang tercari-cari alternatif turut meluat dan tidak keluar mengundi, dan

b. MUDA tidak lagi menjadi ancaman pada Barisan Nasional dan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-15?

Apakah selepas PRN Johor, Pakatan Harapan akan tiba-tiba ‘tunduk’ pada kehendak pengundi dan membatalkan MoU bersama kerajaan, sekaligus memberi laluan kepada Barisan Nasional untuk mendesak agar parlimen dibubarkan atas alasan “BN menang besar di Johor?”

Loading...

Inilah soalan-soalan yang saya tanya, dan menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, jawapan kepada setiap satu soalan di atas berkebarangkalian tinggi “ya.”

TONTON: ANALISA LANJUT PRN JOHOR

Malah, saya diberitahu bahawa cadangan Anthony Loke untuk melanjutkan MoU antara Pakatan Harapan dan kerajaan tidak mendapat restu Anwar, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang.

Logiknya, Lim Guan Eng sendiri berdepan dengan pertuduhan jenayah dan mahu Pilihan Raya Umum diawalkan.

Anwar pula ingin memastikan bahawa Zahid tidak dicantas sebagai presiden UMNO sebelum Pilihan Raya Umum ke-15, kerana jika Zahid dicantas, Pakatan Harapan dan Barisan Nasional tidak mungkin bekerjasama selepas itu.

Jadi tidak hairanlah jika Anwar menyokong pembubaran parlimen sebelum pemilihan UMNO, dan tidak hairanlah jika Pakatan Harapan menarik sokongan terhadap Ismail Sabri selepas Kluster Mahkamah berbuat demikian.

Berpandukan naratif ini, dakwaan kononnya Zahid dan Najib ‘merancang’ untuk ‘mencantas’ Ismail Sabri dalam masa terdekat sah palsu.

Ini kerana pembubaran parlimen boleh dicetus pada bila-bila masa oleh Kluster Mahkamah tanpa perlu ‘mencantas’ sesiapa, dan Ismail Sabri tidak dapat berbuat apa-apa untuk menghalang sesiapa.

Rumusannya, anda semua telah ditipu “kaw-kaw” oleh Kluster Mahkamah dan Anwar.

Bukan hanya Anwar terdesak untuk menjadi Perdana Menteri, Kluster Mahkamah tidak ingin mengambil risiko kalah di Pilihan Raya Umum ke-15.

Disebabkan keterdesakan kedua-dua pihak, satu persetujuan dikatakan telah dicapai, di mana Kluster Mahkamah dan kem Anwar bersetuju untuk mempertimbangkan kerjasama antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional selepas Pilihan Raya Umum ke-15, andai kata kedua-duanya gagal membentuk kerajaan secara berasingan.

Menurut persetujuan ini, jika Pakatan Harapan memenangi lebih kerusi berbanding Barisan Nasional, Anwar akan menjadi calon Perdana Menteri.

Sebaliknya, jika Barisan Nasional memenangi lebih kerusi berbanding Pakatan Harapan, Najib akan menjadi calon Perdana Menteri.

Namun, jika Najib tidak dibenarkan bertanding oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Seri Mohamad Hasan akan menjadi calon Perdana Menteri, dengan syarat beliau bertanding di kerusi parlimen dan menang.

Perkara ini sudah lama saya dedahkan.

Pada 10hb Disember 2021, saya menulis:

Ismail Sabri tidak ada alasan untuk tidak mencetuskan Pilihan Raya Umum ke-15 selepas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021.

Dalam perhimpunan itu, Zahid dijangka akan mendapatkan persetujuan para perwakilan untuk menamakan Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai calon Perdana Menteri UMNO andai kata Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15.

Untuk itu, Mohamad Hasan perlu bertanding di kerusi parlimen, namun, perkara ini masih dalam tahap perancangan dan bakal dimuktamadkan sebelum PAU diadakan…

WAJIB TONTON:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...