Jangan tertipu, ‘ugutan’ Zahid terhadap Muhyiddin palsu, ada muslihat (Pendedahan penuh)

“Kenapa 14 hari? Jika benar Zahid ingin pertahan maruah Raja-Raja Melayu, kenapa tidak desak Muhyiddin adakan sidang parlimen dalam tempoh kurang daripada seminggu? Ada udang di sebalik batu (didedahkan di bawah), dan saya menjemput Zahid untuk bertanya bagaimana saya mendapat tahu perkara ini

Raggie Jessy Rithaudeen

جاڠن ترتيڤو، ءاوڬوتنء زاهيد ترهادڤ محي الدين ڤلسو، اد مصليحة

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Portal Suara TV memetik sumber yang tidak dinamakan sebagai berkata, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan kepada Biro Politik bahawa beliau telah menyembahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong keputusan Majlis Tertinggi UMNO (bertarikh 25 April 2021) untuk menarik sokongan kepada kerajaan pada 1hb Ogos (bila tamat Darurat) atau lebih awal.

Saya hairan dengan pendedahan ini, kerana kenyataan rasmi MKT UMNO bertarikh 25hb April 2021 tidak mengandungi sebarang butiran yang didedahkan oleh Suara TV meskipun perkara ini pernah disebut-sebut oleh seorang dua pemimpin parti.




Hakikatnya, hanya Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang berakhir pada 28hb  Mac 2021 menuntut supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 diadakan selepas tempoh darurat tamat sama ada pada 1hb Ogos atau tarikh sebelumnya.

Itu pun, keputusan akhir berhubung perkara ini dilepaskan terus kepada MKT UMNO, yang seterusnya gagal membuat sebarang penetapan berhubung tarikh UMNO akan menarik sokongan kepada kerajaan.

Ini berdasarkan satu kenyataan rasmi bertarikh 25hb April 2021 yang dikeluarkan oleh UMNO berhubung keputusan rasmi yang dicapai oleh MKT, dan kenyataan ini ditandatangani oleh mantan setiausaha parti itu, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Jadi Zahid menipu Yang Di-Pertuan Agong?

Saya tidak tahu dan saya tidak ingin tahu.

Yang pasti, tidak ada sebarang keputusan rasmi yang diumumkan oleh MKT UMNO pada 25hb April 2021 yang berbunyi, “UMNO akan menarik sokongan kepada kerajaan pada 1 Ogos (bila tamat Darurat) atau lebih awal.”

Malah, jika kita meneliti tempoh 14 hari yang diberikan oleh Zahid kepada kerajaan untuk diadakan sidang parlimen, tidak ada disebutkan sebarang tarikh bila UMNO akan menarik sokongan kepada kerajaan.

Jika benar keputusan rasmi sudah dicapai oleh MKT bahawa “UMNO akan menarik sokongan kepada kerajaan pada 1 Ogos (bila tamat Darurat) atau lebih awal,” sudah pasti Zahid akan mengumumkan perkara ini apabila memberi tempoh 14 hari kepada Muhyiddin.

Loading...

Sebaliknya, Zahid hanya mengumumkan bahawa MKT akan bersidang untuk menentukan langkah selanjutnya jika Muhyiddin gagal mengadakan sidang parlimen dalam tempoh 14 hari yang ditetapkan.

Cuba fikir, jika benar MKT sudah menetapkan pada 25 April 2021 untuk “menarik sokongan kepada kerajaan pada 1 Ogos (bila tamat Darurat) atau lebih awal,” buat apa bersidang semula untuk membuat penetapan baharu andai kata Muhyiddin gagal mematuhi syarat Zahid?

Bukankah Zahid boleh terus umumkan bahawa “UMNO akan tarik sokongan terhadap Muhyiddin berdasarkan ketetapan yang telah dibuat jika Muhyiddin gagal mengadakan sidang parlimen dalam tempoh 14 hari?”

Bukankah Raja-Raja Melayu sependapat bahawa Darurat tidak perlu dilanjutkan selepas 1hb Ogos 2021, dan bukankah tarikh akhir tempoh 14 hari yang diberikan oleh Zahid kurang dari sebulan sebelum 1hb Ogos?

Jadi apakah yang cuba dilakukan oleh Zahid?

Zahid terperangkap.

Pada 7hb Jun 2021, saya menulis:

Kita sudah lama mendengar cerita kononnya ahli-ahli parlimen dari UMNO akan menarik diri dari kerajaan.

Hakikatnya, sebahagian besar ahli-ahli parlimen ini tidak lagi mengendahkan kata-kata Najib atau Zahid dan akan terus kekal dalam kerajaan sehingga mereka sendiri merasakan sudah tiba masanya untuk berundur.

Najib dan Zahid pula sedang bersandiwara dan akan cuba menarik masa sepanjang mana yang mungkin.

Mereka berpura-pura memiliki pengaruh dalam UMNO kerana percaya Muhyiddin akan cemas dan memasuki perjanjian dengan mereka.

Malangnya, Muhyiddin dapat bau helah mereka dan tidak gentar untuk memecat orang Najib sendiri, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Ini bermakna:

1. Muhyiddin sedar Zahid dan Najib tidak ada pengaruh dalam UMNO, dan

2. Muhyiddin tidak akan membenarkan Najib atau orang-orang Najib (Tajuddin) memanjat kepalanya dan tidak keberatan untuk memberi laluan kepada Mahathir untuk kembali menerajui kerajaan sekiranya tiada pilihan.

Kesimpulannya, pemecatan Tajuddin merupakan satu tamparan hebat kepada Najib dan bukti Najib dan Zahid tersilap catur lagi.

Dengan berlangsungnya Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja Melayu, pertemuan di antara Yang Di-Pertuan Agong dengan 18 ketua parti politik dan persefahaman yang dicapai antara Raja-Raja Melayu berhubung sidang parlimen dan Darurat, Zahid sedar bahawa Raja-Raja Melayu tidak berpuas hati dengan kerajaan gandingan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional.

Zahid adalah pengerusi Barisan Nasional.

Zahid sedar, tindakan Muhyiddin melenggahkan sidang parlimen dan beberapa bentuk penghinaan lain terhadap Raja-Raja Melayu oleh kerajaan gandingan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional akan memarahkan lagi akar umbi UMNO yang sudah meminta Zahid dari awal lagi untuk menarik sokongan Barisan Nasional kepada kerajaan.

Malah, tindakan Muhyiddin melenggahkan sidang parlimen mungkin juga menyebabkan Raja-Raja Melayu marah dengan UMNO, kerana segala keputusan kerajaan adalah keputusan kolektif menteri-menteri kabinet, termasuk berbelas menteri dan timbalan menteri dari UMNO.

Justeru, Zahid terpaksa berpura-pura ‘mengugut’ Muhyiddin untuk mengadakan sidang parlimen dalam tempoh 14 hari walaupun ianya bukan ugutan dalam ertikata sebenar.

Ini kerana Zahid gagal mengumumkan tindakan selanjutnya yang akan diambil oleh UMNO jika Muhyiddin tidak mengendahkan ‘ugutan’ ini.

Jadi Zahid cuba selamatkan maruahnya?

Dari satu sudut, ya.

Zahid mengambil kesempatan ini untuk cuba mempamirkan kepada akar umbi UMNO dan Raja-Raja Melayu bahawa keputusan untuk melenggahkan sidang parlimen menerusi pembentukkan “Jawatankuasa selidik sidang parlimen” bukannya keputusan bersama Barisan Nasional.

Ini tidak benar, kerana sepertimana yang saya jelaskan tadi, segala keputusan kerajaan adalah keputusan kolektif menteri-menteri kabinet, termasuk berbelas menteri dan timbalan menteri dari UMNO.

Dan sepertimana yang kita tahu, Zahid adalah presiden UMNO.

Jadi andai kata Muhyiddin dipecat atau diminta berundur, atau jika Majlis Pemulihan Negara yang diusulkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi realiti, Zahid ingin dilihat sebagai ‘hero’ kepada akar umbi UMNO kerana berjuang ‘mempertahankan maruah’ UMNO di kaca mata Raja-Raja Melayu dan juga mempertahankan maruah Raja-Raja Melayu.

Dari sudut lain, Zahid sedang cuba menyelamatkan Muhyiddin agar kerajaan gandingan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional akan terus kekal selepas 1hb Ogos 2021.

Ini kerana, jika Muhyiddin dipecat atau diminta untuk berundur selepas bulan ini, atau jika Majlis Pemulihan Negara yang dicadangkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi realiti, harapan Zahid dan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berunding dengan Muhyiddin akan hangus.

Tetapi jika Muhyiddin tiba-tiba memanggil sidang parlimen dalam tempoh 14 hari, dan jika Muhyiddin kekal sebagai Perdana Menteri melangkaui 1hb Ogos 2021, maka percayalah, Zahid akan terus cuba membeli masa untuk melenggahkan tarikh pengunduran UMNO dari kerajaan.

Bagaimana jika Muhyiddin tidak memanggil sidang parlimen dalam tempoh 14 hari?

Jika Muhyiddin tidak tidak memanggil sidang parlimen dalam tempoh 14 hari tetapi kekal sebagai Perdana Menteri, Zahid tidak akan mengumumkan pengunduran UMNO dari blok kerajaan dan akan terus cuba membeli masa.

Bagaimana jika Muhyiddin dipecat dalam tempoh 14 hari?

Jangan lupa, Zahid belum mengumumkan lagi tindakan selanjutnya yang akan diambil oleh UMNO jika Muhyiddin tidak mengendahkan ‘ugutan’ untuk diadakan sidang parlimen dalam tempoh 14 hari.

Justeru, Zahid boleh membuat apa-apa dakwaan, termasuk dakwaan kononnya beliau sememangnya bercadang untuk membawa UMNO keluar daripada blok kerajaan andai kata Muhyiddin tidak dipecat.

Bagaimana pula dengan dakwaan kononnya Zahid nak kerajaan jatuh untuk membawa UMNO bersama dengan Anwar?

Misi rahsia untuk kumpulkan akuan bersumpah bagi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-9 gagal sekali lagi apabila tidak disokong oleh hampir kesemua ahli parlimen Barisan Nasional, melainkan enam hingga tujuh ahli parlimen yang setuju untuk bersama Anwar.

Saya menjemput Zahid untuk bertanya bagaimana saya mendapat tahu perkara ini dan perkara-perkara lain yang tertera di atas.

WAJIB BACA: 

Muhyiddin terus-menerus menghina maruah Raja-Raja Melayu tanpa segan silu



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...