جاڠن تركجوت جك محكمه بوات كڤوتوسن ڤد بيلا-بيلا ماس برمولا ثلاث
Menurut Haniff, kalau panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan sudah bersedia dengan keputusan, mereka boleh mengumumkan terus keputusan itu.
“Yakinilah, sudah tiga bulan setengah, setiap dariapda lima hakim telah diserahkan Salinan masing-masing 176 jilid (berkaitan kes SRC bermula dariapda Mahkamah Tinggi).
“Mereka sudah mula baca, (malah) mungkin sudah tamat baca.
“Jadi saya tidak terkejut kalau dalam kes ini, pada hari Selasa depan, dan seterusnya, sehingga hari Jumaat, pada bila-bila masa Mahkamah membuat keputusan.”
“Saya tidak terkejut kalau Mahkamah Persekutuan memberi keputusan seawal sebelum hari Merdeka yang akan datang.”
Demikian menurut peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla dalam rancangan “Najib arkitek kehancuran dirinya sendiri” yang disiarkan menerusi You Tube Raggie Jessy Rithaudeen Jumaat lalu (TONTON DI SINI).
Haniff berkata demikian ketika ditanya bila agaknya Mahkamah akan membuat keputusan dalam pendengaran rayuan terakhir kes SRC Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijadualkan berakhir pada 26hb Ogos ini.
Menurut Haniff, dalam kes rayuan terakhir Najib, mahkamah boleh membuat keputusan tanpa memberi alasan penghakiman.
“Mahkamah Persekutuan tidak perlu, tidak wajib memberi alasan penghakiman.
“Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan memang perlu sediakan alasan penghakiman, sebab keputusan mereka akan dirayu.
“Untuk menulis alasan penghakiman memakan masa, jadi daripada memberi keputusan terus, mereka telah menangguhkan keputusan selama beberapa bulan.
“Tetapi Mahkamah Persekutuan adalah mahkamah terakhir, tidak ada lagi rayuan. Noktah.
“Jadi mereka tidak wajib keluarkan alasan penghakiman, sebab tidak ada mahkamah di atas mereka yang hendak semak alasan penghakiman,” kata Haniff.
Menurutnya lagi, kalau panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan sudah bersedia dengan keputusan, mereka boleh mengumumkan terus keputusan itu.

RJ RITHAUDEEN