‘Jangan hina Sultan kami’ – Himpunan solidariti di Kuantan

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Sumber (gambar): Fail TTF

TONTON JUGA: JANGAN SPIN CUBA PERTAHAN MUHYIDDIN

FMT: Himpunan solidariti ‘Raja dan Rakyat Berpisah Tiada’ anjuran Majlis Mahasiswa Anak Pahang (Mampan) di hadapan Masjid Sultan Ahmad 1, petang tadi berlangsung aman tanpa sebarang unsur provokasi.

Ketua Polis Kuantan Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata hampir 100 peserta menyertai perhimpunan itu yang berlangsung kira-kira sejam bermula 5 petang.

Sementara itu, Pengerusi Mampan Aidid Fadhullah Abdul Sukor, berkata tujuan perhimpunan itu adalah sebagai isyarat kepada ahli politik bahawa golongan muda cakna terhadap situasi semasa terutamanya yang menyentuh isu 3R (kaum, agama, dan raja).

Ahli politik tidak kira daripada mana-mana parti tidak seharusnya menyentuh isu 3R, sesiapa yang terlibat sepatutnya dikenakan tindakan sewajarnya, jika nak berpolitik berpada-pada,


KUANTAN: Himpunan solidariti ‘Raja dan Rakyat Berpisah Tiada’ anjuran Majlis Mahasiswa Anak Pahang (Mampan) di hadapan Masjid Sultan Ahmad 1, petang tadi berlangsung aman tanpa sebarang unsur provokasi.

Ketua Polis Kuantan Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata hampir 100 peserta menyertai perhimpunan itu yang berlangsung kira-kira sejam bermula 5 petang.




“Pemantauan telah dibuat oleh pihak polis dan ia berlangsung dalam keadaan aman tanpa ada sebarang insiden tidak diingini,” katanya.

Peserta perhimpunan pada mulanya dijadualkan berhimpun di pekarangan masjid berkenaan sebelum berarak ke menara Kuantan 188, namun atas faktor keselamatan selepas dinasihatkan pihak polis mereka akur dan hanya berkumpul berhampiran masjid.

Peserta turut kelihatan membawa sepanduk yang tertera antaranya ‘Daulat Tuanku’, ‘Jangan Hina Sultan Kami’, ‘Mahasiswa Bersama Sultan’, dan ‘Pertahankan Kedaulatan Institusi Diraja’.

Sementara itu, Pengerusi Mampan Aidid Fadhullah Abdul Sukor, berkata tujuan perhimpunan itu adalah sebagai isyarat kepada ahli politik bahawa golongan muda cakna terhadap situasi semasa terutamanya yang menyentuh isu 3R (kaum, agama, dan raja).

Ahli politik tidak kira daripada mana-mana parti tidak seharusnya menyentuh isu 3R, sesiapa yang terlibat sepatutnya dikenakan tindakan sewajarnya, jika nak berpolitik berpada-pada, katanya ketika ditemui pemberita.

Sumber:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...