Jangan bunuh angsa yang bertelur emas

Tamrin Tun Ghafar. Sumber (gambar): Fail TTF

Tamrin Tun Ghafar

جاڠن بونوه اڠسا يڠ برتلور امس

1. Sepatutnya semalam rakyat menyambut Hari Kebangsaan kita ke 64 dengan perasaan bangga dan gembira

2. Jalur Gemilang yang sepatutnya berkibar di pelusuk tanahair boleh dibilang dengan jari , sebaliknya rakyat menggunakan apa saja untuk dijadikan Bendera Putih, tanda memerlukan bantuan.

3. Selain dari COVID, perlantikan Menteri dan Timbalan Menteri AMAT MENGHAMPAKAN HARAPAN RAKYAT terhadap Perdana Menteri yang baru ini.




4. Serupa dengan Mahiaddin, Ismail Sabri LEBIH mengutamakan diri dari rakyat; peluang MENGUBAH dari KERAJAAN GAGAL terlepas begitu saja.

5. Sepatutnya Ismail melantik muka-muka baru yang lebih muda dan dinamik seperti Nurul Izzah, Syed Saddiq, Hannah Yeoh, Yeo Bee Yin, Azlina Othman Said dan Mukhriz Mahathir, Ashraf Wajidi dan Fahmi Fadzil sebagai contoh menggotai Kabinet, BUKAN ‘KITAR SEMULA’ muka lama dan pada masa sama MEMBAWA MASUK beberapa orang penyamun dan perompak –  SEBENARNYA rakyat sudah bosan dan jemu melihat wajah dan tingkah laku ahli-ahli politik yang tidak berakal dan menjerit-jerit dalam Parlimen seperti ungka.

6. Stesen-stesen TV seolah-olah ‘mengampu’, berlumba-lumba menayangkan berita yang telah diolah menggambarkan ‘kegembiran’ rakyat ‘menerima’ perlantikan Kabinet sedangkan hakikat sebenar tidak sebegitu.

7. Sebelum dipilih lagi, melalui petisyen tanda tangan, lebih 500,000 rakyat TELAH MENOLAK Ismail sebagai pengganti; ini TIDAK PERNAH BERLAKU SEBELUM INI.

8. Sehingga kini perlantikan Kabinet yang disindir ramai sebagai ‘Kitchen Kabinet’ atau ‘Kabinet Dapur’ yang di penuhi dengan ‘Mangkok Plastik’ yang di ‘Kitar Semula’ masih mendapat tentangan hebat, dan mungkin tentangan ini berterusan.

9. Jika dulu Mahiaddin disifatkan sebagai PM GAGAL kini sudah kedengaran cakap-cakap bahawa Mahiaddin cerdik sedikit dari Ismail.

10. Jika Mat Maslan, Setiausaha Agong UMNO tidak dilantik atas alasan Klaster Mahkamah jika di bandingkan dengan Setiausaha Agong PAS dan BERSATU mengapa pula Timbalan Presiden UMNO diketepikan begitu sahaja; bukankah beliau BOLEH dilantik sebagai Senator bagi jawatan Menteri?

Loading...

11. Apakah Peja, Timbalan Presiden BERSATU dan mantan MB Perak dan Tuan Ibrahim Tuan Man , Timbalan Presiden PAS lebih berkeliber dari Mat Hassan yang juga pernah menjawat jawatan Menteri Besar?

12. MCA yang punyai 2 orang Ahli Parlimen diberi 5 jawatan – seorang Menteri dan 4 Timbalan Menteri.

13. Selepas ini orang Islam khususnya  ahli-ahli PAS PASTI seronok apabila negara ini akan bertukar kepada Negara Islam yang SEBENAR; mengapa?

14. Sebab Timbalan Presiden PAS, Naib Presiden dan Setiausaha Agong bersama 5 orang Timbalan Menterinya DIBERI PELUANG KEEMASAN melaksanakan SEGALA tututan ALLAH SWT seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Parti tersebut.

15. Bak kata Idris Ahmad, Naib Presiden PAS, yang baru dilantik sebagai Menteri bertanggungjawab Hal Ehwal  Agama; beri kuasa dalam tempoh 5 hari sahaja  bukan 5 tahun negara akan menjadi Negara Islam dalam ertikata sebenarnya jestru Umat Islam dan.ahli-ahli PAS akan melihat kedai dan kilang-kilang arak, begitu juga segala kedai judi dan Pusat Judi Kasino Genting akan ditutup; disko, kelab hiburan dan rumah-rumah urut dan maksiat PASTI AKAN DIHAPUSKAN dalam masa terdekat ini.

16. PISAU KINI SUDAH BERADA DI TANGAN – jangan sia-siakan perjuangan PAS selama ini.

17. Dengan jumlah 18 orang Ahli Dewan, Ismail TERPASA AKUR KEHENDAK PAS.

18. Jika 18 Ahli PAS termasuk 3 Menteri dan 5 Timbalan Menteri dan seorang Duta BERTARAF Menteri masih ‘BERSILAT’ dengan fatwa ciptaannya maka saya yakin bukan sahaja pengundi Islam bahkan Ahli-Ahli PAS sendiri TIDAK akan menyokong Parti tersebut; ketika itu bak kata Mahiaddin “PAS adalah Parti Ajaran Sesat.”

19. Ismail pula HANYA punyai satu peluang jika mahu terus bertahan, dan menang Pilihan Raya Umum ke 15 akan datang; ‘RESET’ atau kembalikan semula negara kelandasan asal.

20. ‘RESET’ adalah buah fikiran murni dan ikhlas dari seorang yang enggan namanya di dedahkan.

21. Cara negara BOLEH di RESET ialah Ismail MENGGUNA PAKAI cetusan pemikiran Tun Dr. Mahathir dan melantik Tun sebagai Pengurusi MAJLIS PEMULIHAN NEGARA atau MPN yang bertindak secara ekesutif dan MELAPUR TERUS segala aktiviti kepada Agong.

22. Ini bermakna sekurang-kurang nya setengah masalah Kabinet dan negara seperti COVID, Ekonomi , Pelajaran dan Sosial AKAN dipertanggung-jawabkan kepada MPN ini – dalam kata mudah Ismail dan Kabinet boleh lah menumpukan masa dan tenaga kepada masalah lain seperti politik dan lain-lain.

23. Jika Germany dan Jepun, dua negara yang HANCUR ketika Perang Dunia ke-11 boleh bangkit semula malah kini yang TEMAJU di dunia, mengapa Malaysia  tidak boleh KEMBALI sebagai The Asian Tiger SEMULA?

24. AMAT TIDAK MASUK AKAL jika orang yang  terbukti GAGAL mengepalai MPN ini; HANYA PENCETUS PEMIKIRAN ini sahaja yang punyai ramuan yang boleh menyelamatkan negara, yakni Tun Dr Mahathir.

25. JANGANLAH BUNUH ANGSA YANG BERTELUR EMAS.

26. Kepada Mahiaddin, TIDAK SIAPA LAGI AMBIL KISAH  terhadap beliau yang akan dikenang dalam sejarah negara sebagai Perdana Menteri GAGAL.

Wassalam

Terima Kasih

WAJIB BACA:

MAAF, SAYA TAK BOLEH PERTAHAN ‘KERAJAAN SALIN KULIT’ ISMAIL SABRI



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...