
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, berkata dakwaan kononnya pensijilan logo halal kini menjadi bidang kuasa Kementerian Kewangan adalah salah dan menyeleweng serta berunsurkan fitnah.
Fuziah menyifatkan kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berniat jahat dan menanam ketakutan dalam kalangan orang Melayu Islam, kononnya kerajaan Malaysia yang baharu dipimpin oleh DAP.
“Saya mahu beliau memohon maaf dan menarik balik kenyataannya bagi mengelak salah faham berkaitan aspek halal dalam agama atau bersedia berdepan dengan tindakan undang-undang,” katanya.
KUALA LUMPUR: Dakwaan kononnya pensijilan logo halal kini menjadi bidang kuasa Kementerian Kewangan adalah salah dan menyeleweng serta berunsurkan fitnah.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, berkata pensijilan logo halal masih berada dalam bidang kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
“Kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang mendakwa pensijilan logo halal kini di bawah Kementerian Kewangan ketika berucap dalam Himpunan Penyatuan Ummah adalah kenyataan yang menyeleweng, fakta yang salah dan tindakan pemimpin terdesak.
“Pensijilan logo halal masih di bawah JAKIM dan tidak pernah diuruskan oleh badan atau agensi yang lain.
“Menerusi Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, JAKIM menguruskan aspek berkaitan pensijilan , takrifan halal serta sistem jaminan halal,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Fuziah menyifatkan kenyataan pemimpin UMNO itu berniat jahat dan menanam ketakutan dalam kalangan orang Melayu Islam, kononnya kerajaan Malaysia yang baharu dipimpin oleh DAP.
“Saya mahu beliau memohon maaf dan menarik balik kenyataannya bagi mengelak salah faham berkaitan aspek halal dalam agama atau bersedia berdepan dengan tindakan undang-undang,” katanya.
Sumber:
