Raggie Jessy Rithaudeen
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
PKR mendakwa bahawa peletakan jawatan Ahli Parlimen Kuala Langat Datuk Dr Xavier Jayakumar sebagai Naib Presiden dan ahli parti disebabkan ugutan oleh kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, ada usaha terancang oleh pihak kerajaan untuk menarik sokongan ahli Parlimen pembangkang dengan cara umpan dan ugutan menggunakan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM.
“Dr Xavier baru-baru ini telah bertemu pimpinan PKR memaklumkan bahawa pihak SPRM menjadikan beliau sasaran siasatan setelah SPRM sebelumnya menahan setiausaha politik, pembantu peribadi dan beberapa kenalan beliau berkait satu kes yang sedang berjalan.
“Dr Xavier kemudiannya dihubungi seorang menteri kanan yang menyatakan beliau perlu menyokong Perikatan Nasional (PN) atau hadapi akibat yang serius,” katanya.
Saya mengambil maklum dakwaan beberapa pemimpin politik berhubung kewujudan politik ugutan dan sogokan, termasuk dakwaan Datuk Seri Shafie Apdal bahawa berbilion ringgit ditawarkan untuk memujuk wakil rakyat.
Tetapi saya tidak tahu samada dakwaan Saifuddin benar atau palsu melainkan Xavier sendiri membuat kenyataan rasmi bagi mengesahkan atau menyangkal dakwaan itu.
Fokus saya di sini hanyalah untuk mengetengahkan dua senario yang mungkin berdasarkan apa yang didakwa oleh Saifuddin, iaitu:
1. Xavier bersalah dan ingin mengelakkan dakwaan
Dalam senario ini, Xavier takut kerana bersalah dan memasuki perjanjian sulit dengan pihak yang mengugutnya untuk mengelakkan dirinya daripada disiasat dan didakwa.
Namun, ini menimbulkan persoalan samada blok kerajaan sedang diperkasakan dengan barisan kepimpinan bermasalah semata-mata untuk membolehkan Muhyiddin kekal berkuasa.
Ianya turut menimbulkan syak bahawa PKR kini dipenuhi ahli-ahli parlimen yang terlibat dengan pelbagai kesalahan ketika mereka memegang jawatan dalam kerajaan.
2. Xavier tidak bersalah dan merupakan mangsa ugutan semata-mata
Senario ini mengandaikan bahawa Xavier tidak bersalah dan hanya ditakut-takutkan dengan siasatan SPRM.
Namun, saya kurang yakin dengan senario ini, kerana jika benar Xavier tidak bersalah, mengapakah beliau takut sampai terpaksa mengkhianati PKR?
Cuba tanya diri sendiri, mungkinkah seorang aktivis reformasi yang berani menentang pentadbiran persekutuan selama 20 tahun tiba-tiba kecut dan takut dengan siasatan SPRM biarpun tahu siasatan itu tidak akan menemui apa-apa bukti?
Kedua-dua senario ini mencadangkan kerajaan kini begitu berkuasa sehingga mampu mempengaruhi siasatan SPRM dan mengelakkan sesiapa sahaja daripada didakwa atas apa-apa kesalahan asalkan mereka bersetuju untuk menyokong kerajaan.
Cadangan ini timbul akibat kenyataan Saifuddin dan perlu disiasat segera oleh satu jawatankuasa bebas membabitkan Ketua Polis Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Pengarah LHDN dan ahli-ahli politik blok kerajaan dan pembangkang.
Terdapat senario ketiga yang lebih mendalam membabitkan Xavier dan hubungan politik beliau bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Saya tidak syak bahawa Anwar akan bersuara dalam masa terdekat, tetapi cuba perhatikan bagaimana beliau berdiam diri setakat ini dan mengarahkan Saifuddin untuk membuat kenyataan rasmi.
Cuba teka kenapa…
WAJIB BACA:
Punishment after punishment after punishment for the already suffering rakyat
