
ايسو تابوڠ حاج: مينتا امنو بنتو جلسكن ڤندداهن تربارو محي الدين
Sebelum ini, kita diberitahu menerusi posting-posting tertentu yang ditularkan di media sosial bahawa Tabung Haji ‘dikuasai’ oleh orang bukan Islam dan berlaku ‘peralihan’ aset Melayu-Islam ke tangan orang bukan Islam menerusi arahan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Tetapi apabila disiasat, saya mendapati bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji yang tersenarai ialah Datuk Seri Zukri Samad, iaitu seorang Melayu Muslim yang professional dan juga merupakan bekas CEO Bank Islam Malaysia Berhad.
Saya turut merujuk kepada pakar kewangan Islamik dan mendapati bahawa pindah milik aset Tabung Haji kepada mana-mana syarikat, asalkan membawa balik pulangan yang setimpal, bersesuaian dan berpatutan kepada Tabung Haji, merupakan keputusan perniagaan dari satu sudut dan tidak melanggar apa apa prinsip pengurusan Islam asalkan ianya diputuskan oleh seorang Muslim berkelayakan.
Ini kerana pulangan itu akhirnya akan dimilili dan dikawal sepenuhnya oleh Tabung Haji sendiri. Dan sepertimana yang kita tahu, Tabung Haji diterajui oleh Datuk Seri Zukri Samad, iaitu seorang Melayu Muslim yang professional dan bekas CEO Bank Islam Malaysia Berhad, yakni “Muslim yang berkelayakan.”
Atas sebab itulah saya hanya mengajukan soalan kepada Mujahid berhubung dakwaan “rompakan aset-aset milik Melayu-Islam” dan tidak pernah sekali pun menuduhnya secara terus “membantu DAP rompak aset milik Melayu-Islam.”
Dan atas sebab itulah juga saya berhenti membawa isu Tabung Haji selepas satu tempoh tertentu dan mengambil keputusan untuk membuat laporan polis bagi meminta jasa baik polis melakukan siasatan-siasatan tertentu.
PETALING JAYA: Pada 1hb Oktober 2019, saya ada bertanya kepada parti AMANAH jika benar pemimpin-pemimpin parti itu (seperti Mohamad Sabu dan Mujahid) giat berusaha “membantu DAP merompak aset-aset dan dana milik Melayu-Islam.”
Pertanyaan tersebut dicetus oleh desas desus kononnya Tabung Haji ‘dikuasai’ oleh orang bukan Islam dan berlaku ‘peralihan’ aset Melayu-Islam ke tangan orang bukan Islam menerusi arahan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Kita turut diberitahu menerusi posting-posting tertentu yang ditularkan di media sosial bahawa beberapa mesyuarat Tabung Haji dipengerusikan oleh individu bukan Muslim.
Walaubagaimanapun, apabila saya membuat siasatan, saya mendapati bahawa bukan hanya Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji yang tersenarai ialah Datuk Seri Zukri Samad, iaitu seorang Melayu Muslim yang professional dan bekas CEO Bank Islam Malaysia Berhad, tidak pernah berlaku insiden di mana “mesyuarat Tabung Haji dipengerusikan oleh individu bukan Muslim.”
Semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Dewan Rakyat;
“Lembaga Tabung Haji (TH) kini mempunyai lebihan aset berbanding liabiliti sebanyak RM1.9 bilion dan tidak dikuasai orang bukan Islam.
“Kedudukan terkini aset TH pada 30 Jun 2020 seperti yang diumumkan dalam laporan prestasi TH setengah tahun pertama 2020 adalah berjumlah RM78 bilion.
“Selaras dengan pelaksanaan Pelan Pemulihan dan Penstrukturan TH, aset-aset yang kurang berdaya saing telah dipindahkan kepada sebuah Syarikat Tujuan Khas (SPV) iaitu Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) yang dimiliki penuh oleh kerajaan di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).
“Oleh yang demikian, TH tidak dikuasai oleh orang bukan Islam,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Sebelum itu, pada 29hb Mac 2019, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengajukan pertanyaan menerusi media rasmi UMNO apakah tiada langsung tokoh-tokoh Islam Bumiputera yang berkelayakan menguruskan harta umat Islam Tabung Haji.
Asyraf menimbulkan keraguan apabila bertanya jika ada jaminan aset-aset bernilai dari Tabung Haji tidak dikhianati dan jatuh ke tangan orang lain.
“YB Mujahid juga bertanggungjawab untuk meyakinkan umat Islam bahawa penstrukturan korporat Tabung Haji melalui penjualan aset-aset kepada Syarikat SPV (syarikat tujuan khas) adalah telus dan tiada kompromi terhadap kepentingan umat Islam termasuk aspek pematuhan Syariahnya lantaran terlalu banyak kesangsian dan kerahsiaan dalam transaksinya yang melibatkan aset-aset umat Islam sebelum ini.
“Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia amat terkilan dengan jawapan bertulis Kekanda YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa di Parlimen kelmarin (Rujuk Malaysiakini 27 Mac 2019) yang akhirnya mengakui bahawa aset-aset Tabung Haji bernilai RM19.9 Billion telah dijual dan dipindahkan daripada Tabung Haji kepada sebuah SPV (Urusharta Jamaah Sdn Bhd) yang hakikatnya diurus sepenuhnya oleh Prokhas Sdn Bhd yang mana CEO (ketua pegawai eksekutif) nya Chen Yin Heng,” katanya
Menurut Asyraf lagi, Pemuda UMNO amat curiga apabila Mujahid yang diharapkan mempertahan institusi Islam mengumumkan pemindahan atau penjualan aset-aset TH kepada sebuah SPV yang diletakkan di bawah Kementerian Kewangan yang Menterinya Lim Guan Eng.
“Sedangkan Tabung Haji boleh sahaja mewujudkan Syarikat SPV yang kekal di bawah seliaannya sebagaimana model-model penerbitan Sukuk yang dilakukan oleh banyak institusi dalam dan luar negara dengan tujuan menstrukturkan kembali kedudukan aset dan liabiliti di dalam Kunci Kira-kira (Balance Sheet) institusi berkenaan,” tambahnya.
Tetapi setelah membuat beberapa rujukan, saya mendapati, walaupun aset-aset tertentu dari Tabung Haji dipindah milik ke syarikat SPV bawah Kementerian Kewangan, ianya tetap berada di bawah kawalan Kerajaan Persekutuan menerusi Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) yang bertanggungjawab sepenhnya kepada Kerajaan Persekutuan.
Saya turut merujuk kepada pakar kewangan Islamik dan mendapati pindah milik aset Tabung Haji kepada mana-mana syarikat, asalkan membawa balik pulangan yang setimpal, bersesuaian dan berpatutan kepada Tabung Haji, merupakan keputusan perniagaan dari satu sudut dan tidak melanggar apa apa prinsip pengurusan Islamik asalkan ianya diputuskan oleh seorang Muslim berkelayakkan.
Ini kerana pulangan itu akhirnya akan dimilili dan dikawal sepenuhnya oleh Tabung Haji sendiri. Dan sepertimana yang kita sedia maklum, Tabung Haji diterajui oleh Datuk Seri Zukri Samad, iaitu seorang Melayu Muslim yang professional dan bekas CEO Bank Islam Malaysia Berhad, yakni “Muslim yang berkelayakan.”
Atas sebab itulah saya hanya mengajukan soalan kepada Mujahid berhubung dakwaan “rompakan aset-aset milik Melayu-Islam” dan tidak pernah sekali pun menuduhnya secara terus “membantu DAP merompak aset milik Melayu-Islam.”
Dan atas sebab itulah juga saya berhenti membawa isu Tabung Haji selepas satu tempoh tertentu dan mengambil keputusan untuk membuat laporan polis bagi meminta jasa baik polis melakukan siasatan-siasatan tertentu.
Dalam perjumpaan saya dengan seorang pegawai penyiasat, saya meminta secara peribadi agar isu “Tabung Haji dikawal oleh orang bukan Muslim” disiasat.
Biarpun saya mendapati beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh Mujahid tidak bertanggungjawab dan mengelirukan, saya tidak menemui apa-apa bukti yang menunjukkan Tabung Haji dikuasai oleh orang bukan Islam ataupun mesyuarat Tabung Haji dipengerusikan oleh individu bukan Muslim.
Saya turut sedang menunggu penjelasan dari mana-mana pihak yang berkelayakan bagaimana pindah milik aset Tabung Haji ke mana-mana syarikat boleh diklasifikasikan sebagai “mengaibkan masyarakat Melayu-Islam” jika pindah-milik tersebut disusuli dengan pulangan yang setimpal, bersesuaian dan berpatutan yang disalurkan sepenuhnya ke Tabung Haji.
Mungkin UMNO boleh bantu jelaskan.
Apakah kita diperdaya selama ini oleh pihak-pihak tertentu untuk memperbesarkan kesalahan-kesalahan Mujahid (yang sememangnya pernah ‘spin’ apabila memperincikan ‘kerugian’ yang ditanggung oleh Tabung Haji) ke tahap langit?
Saya tidak menafikan Mujahid pernah membuat dakwaan-dakwaan tertentu yang tidak seharusnya dibuat.
Tetapi saya amat mempercayai pendedahan yang dibuat oleh Muhyiddin, kerana saya tahu Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji yang tersenarai ialah Datuk Seri Zukri Samad yang sememangnya ‘menguasai’ sepenuhnya Lembaga Tabung Haji.
RJ RITHAUDEEN
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
