Isu RM1.4 bilion: Salahudin, Jemaah Pengarah NAFAS perlu segera isytihar aset

Raggie Jessy Rithaudeen

Pihak Pakatan Harapan berjanji sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 bahawa “Kerajaan Pakatan Harapan akan memastikan pelantikan ahli lembaga pengarah ke dalam GLC nasional dan negeri adalah daripada kalangan golongan professional, dan bukan berdasarkan kaitan politik mereka.”




Tafsirannya pelbagai.

Rata-ratanya, para netizen dan pihak pembangkang mendakwa bahawa kenyataan terssebut, terkandung dalam perengan ke lima buku manifesto merupakan janji mutlak pihak PH untuk tidak membuat lantikan politik ke dalam mana-mana GLC, nasional mahupun negeri.

Ada pula pakar perundangan yang mendakwa perenggan berkenaan tidak melarang mahupun menidakkan atau menafikan secara mutlak hak untuk melantik ahli politik menerajui GLC.

Menurut Dr Kamaruddin Musa, perenggan tersebut memperakui bahawa sesiapa yang mempunyai kredibiliti sebagai seorang “profesiomal” boleh dilantik sebagai peneraju GLC meskipun mempunyai pembabitan sebagai ahli politik aktif mahupun pasif.

Saya sebenarnya bersetuju dengan kedua-dua pendapat ini.

Dari segi hakikat, nyata bahawa pendapat pakar dan Dr Kamaruddin adalah tepat memandangkan perenggan ke lima buku manifesto tidak pernah menyebut bahawa seorang professional yang difikirkan layak menerajui GLC tidak harus mempunyai kaitan politik.

Dari segi kemantapan dan ketelusan urus tadbir pula, saya rasakan lantikan orang politik tidak harus dibuat memandangkan kerajaan PH berjanji untuk mewujudkan pentadbiran yang telus dengan mengurangkan elemen-elemen yang boleh mendorong berlakunya rasuah dan (atau) salah guna kuasa.

Loading...

Tetapi hakikat tetap hakikat, dan hakikatnya, sekiranya berlaku juga pelantikan orang politik, apa yang kita boleh harapkan bukanlah untuk PH menarik balik lantikan berkenaan tetapi untuk berlaku adil dengan memberikan penerangan secara terbuka dan telus sekiranya timbul keraguan di kalangan rakyat jelata.

Pada 23hb Januari 2019, menerusi satu majlis di ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Salahuddin Ayub, mengumumkan penstrukturan semula pertubuhan berkenaan menerusi lantikan pengerusi dan ahli Jemaah pengarah yang baharu.

Dalam majlis tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu, Dato’ Phahrolrazi Mohd Zawawi diumumkan sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS yang baharu.

Salahuddin turut mengumumkan pelantikan lima orang Ahli Jemaah Pengarah (AJP) dan lima lagi AJP yang merupakan calon simpanan daripada pemilihan AJP NAFAS pada tahun 2016 bagi penggal 2016-2019.

Barisan AJP NAFAS yang baharu ialah Wan Kharizal Wan Khazim, Mohd. Hisyamuddin Ghazali, Normah Yusof, YB Senator Dr. Yaakob Sapari dan YB Muhamad Said Jonit yang merupakan AJP lantikan Menteri, manakala lima lagi AJP NAFAS ialah YB Datuk Haji Abdul Aziz Derashid, YBhg. Dato’ Haji Ahmad Bhari Abd Rahman, Y.M Dato’ Tengku Aziz Tengku Jaafar, Abdul Kalam Hassan dan Ishak Taib.

Berdasarkan perenggan kelima buku manifesto dan hujah-hujah yang telah saya kemukakan di atas, dari satu sudut, pelantikan-pelantikan berkenaan tidak salah selagi ianya dibuat atas pertimbangan professional tanpa mengambil kira kaitan politik mereka yang dilantik.

Malangnya, selagi pelantikan sedemikian dibuat seorang menteri dan melibatkan mereka yang mempunyai kaitan politik, amat sukar bagi orang mempercayai bahawa ianya dibuat atas pertimbangan professional tanpa adanya niat tersirat, lebih-lebih lagi memandangkan majoriti yang dilantik terdiri dari pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH).

Salahuddin merupakan Timbalan Presiden AMANAH.

Ini merumitkan lagi keadaan memandangkan beliau berada dalam kedudukan kedua tertinggi dalam parti dan sudah pasti akan melakukan segala apa yang mungkin bagi memastikan kedudukan beliau kekal ataupun bertambah baik.

Dalam situasi sebegini, bagi mengelakkan salah tafsir di kalangan orang awam, Salahuddin seharusnya tidak mengangkat mana-mana individu dari AMANAH ke Jemaah pengarah NAFAS tidak kira samada individu berkenaan berjawatan dalam parti ataupun tidak.

Malangnya, pada 21hb November 2019, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong merangkap Ahli Parlimen Ayer Hitam mendakwa tiga kontrak bernilai RM1.4 bilion dibatalkan selepas kementerian Salahuddin dikatakan mahu menganugerahkan projek kepada Nafas secara rundingan terus.

Keesokkan harinya, Salahuddin mengaku terus menulis sepucuk surat kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi meminta sokongan beliau berhubung peganugerahan tender berkenaan.

Pengakuan Salahuddin sekaligus mencadangkan lantikan pengerusi dan ahli Jemaah pengarah NAFAS pada bulan Januari 2019 bukanlah berasarkan pertimbangan professional sepertimana yang dijanjikan dalam buku manifesto tetapi berdasarkan keahlian mereka yang dilantik dalam AMANAH.

Justeru, timbul pula persoalan sekiranya Salahuddin berani berlaku telus dalam menangkis persepsi ini dengan mendedahkan gaji, elaun dan faedah yang diperolehi setiap ahli Jemaah pengarah NAFAS menerusi pembentangan angka-angka ini di parlimen dan juga menerusi pengisytiharan aset mereka yang terlibat ke pihak SPRM.

Saya menyarankan agar Salahuddin berbuat demikian dengan kadar segera sebagai memenuhi janji PH untuk berlaku adil dengan memberikan penerangan secara terbuka dan telus sekiranya timbul keraguan di kalangan rakyat jelata.

Perkara ini tidak boleh dilengahkan lagi memandangkan rakyat sudah mula khuatir berlakunya salahguna kuasa dan rasuah melibatkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta ahli-ahli Jemaah pengarah NAFAS yang sememangnya dari kalangan orang AMANAH.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...