
“Saya ingin mencabar Najib untuk berbalik kepada isu pokok, iaitu isu Pulau Batu Puteh, dengan menjawab soalan-soalan berikut…”
Raggie Jessy Rithaudeen
ايسو ڤولاو باتو ڤوته: نجيب دمينتا جلسكن ڤندداهن برايكوت
Dalam percubaan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memburukkan imej Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau menggunakan pendekatan “mengalihkan perhatian umum kepada isu yang tidak berkaitan” berbanding “mempersembahkan bukti sahih bahawa kenyataan Mahathir adalah tidak benar.”
Di sini, saya ingin mencabar Najib untuk berbalik kepada isu pokok, iaitu isu Pulau Batu Puteh, dengan menjawab soalan-soalan berikut:
1. Benarkah Johor telah melepaskan tuntutannya terhadap Pulau Batu Puteh pada tahun 1953, dan benarkah Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berpaut pada keputusan berkenaan apabila mengisytiharkan bahawa Pulau Batu Puteh adalah milik Singapura?
(RUJUK SURAT YANG DITAMPILKAN BERSAMA DI BAWAH)
2. Benarkah Malaysia dan Singapura berjanji kepada ICJ bahawa sebarang keputusan yang dibuat oleh ICJ berhubung kedaulatan Pulau Batu Puteh adalah muktamad, mengikat dan akan diterima oleh Malaysia dan Singapura, sepertimana yang didedahkan oleh ICJ sendiri menerusi kenyataan berikut:
“Pada 24 Julai 2003, Malaysia dan Singapura bersama-sama memaklumkan perselisihan di antara mereka melalui pemberitahuan mengenai Perjanjian Khas yang ditandatangani pada 6 Februari 2003 dan yang berkuatkuasa pada 9 Mei 2003. Berdasarkan syarat-syarat Perjanjian Khas itu, Pihak terbabit meminta Mahkamah untuk “menentukan kedaulatan atas: (a) Pedra Branca / Pulau Batu Puteh; (b) Batu Tengah; dan (c) South Ledge milik Malaysia atau Republik Singapura ”. Mereka telah bersetuju terlebih dahulu “untuk menerima Penghakiman Mahkamah. . . sebagai akhir dan mengikat mereka .”
(On 24 July 2003, Malaysia and Singapore jointly seised the Court of a dispute between them by notification of a Special Agreement signed on 6 February 2003 and which entered into force on 9 May 2003. Under the terms of that Special Agreement, the Parties requested the Court to “determine whether sovereignty over: (a) Pedra Branca/Pulau Batu Puteh; (b) Middle Rocks; and (c) South Ledge belongs to Malaysia or the Republic of Singapore”. They agreed in advance “to accept the Judgment of the Court . . . as final and binding upon them.”)
3. Bukankah perkara #2 bermakna sebarang usaha dari pihak Kerajaan Malaysia untuk merujuk semula isu kedaulatan Pulau Batu Puteh dengan ICJ atas apa jua sebab, termasuk kemungkinan wujud bukti baharu, merupakan pelanggaran perjanjian yang dimasuki oleh Malaysia bersama Singapura dan ICJ?
4. Berpandu kepada soalan #3, bukankah kegagalan Malaysia menemui dan (atau) mempamirkan ‘bukti baharu’ yang dimaksudkan dalam tempoh prosiding kes merupakan “masalah dan kegagalan Malaysia semata-mata,” bukannya masalah ICJ atau Singapura?
5. Daripada cuba mengalihkan perhatian rakyat kepada isu yang tidak berkaitan atau meroyan di FB, bolehkah Najib terbitkan ‘bukti baharu’ yang dimaksudkan bagi tatapan umum?
Sekian
WAJIB BACA:
Pelik bila Zahid enggan turun ke Melaka berunding dengan semua ADUN UMNO
