ليم ڬوان اڠ برتمو جهو لوو؟
Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendakwa, sebelum runtuhnya kerajaan pimpinan Pakatan Harapan, gabungan itu berhasrat mengumumkan ‘berita baik’ bagi peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang berpendapatan tidak melebihi RM4,000 sebulan.
Bagaimanapun, Lim sendiri pernah memberitahu sewaktu membentangkan belanjawan 2019 bahawa penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN “sukar dilaksanakan.”
“Apa saja boleh dilakukan kerajaan ketika ini? Kalau Jho Low (ahli perniagaan Low Taek Jho), tidak ambil RM50 bilion, sudah pasti ia boleh dilakukan, tapi apa boleh buat,” katanya.
Apakah Lim tiba-tiba rasakan kerajaan boleh tanggung pinjaman tambahan di atas pinjaman sedia ada sedangkan kedudukan fiskal negara terus merosot semenjak kenyataan itu dikeluarkan?
Atau adakah Lim bertemu Jho Low dan mendapatkan bantuan daripada ahli perniagaan itu?
SUBANG JAYA: Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendakwa, sebelum runtuhnya kerajaan pimpinan Pakatan Harapan, gabungan itu berhasrat mengumumkan ‘berita baik’ bagi peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang berpendapatan tidak melebihi RM4,000 sebulan.
Namun Lim berkata, Manifesto Pakatan Harapan itu tidak dapat ditunaikan apabila kerajaan pimpinan Pakatan Harapan yang berusia 21 bulan itu kehilangan kuasa.
“Kerajaan PH telah bersetuju untuk melaksanakan janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum PH untuk membenarkan peminjam PTPTN membayar balik pinjaman mereka hanya selepas gaji bulanan mereka melebihi RM4,000.
“Formula daripada PTPTN dan diluluskan oleh Kementerian Kewangan ini, memerlukan kerajaan menanggung pinjaman tambahan di atas pinjaman sedia ada yang ditanggung oleh kerajaan untuk membiayai pinjaman PTPTN.
“Malangnya kerajaan PH tumbang sebelum pengumuman rasmi berhubung perkara ini dibuat,” katanya.
Boleh percaya?
Bukankah Lim sendiri yang memberitahu sewaktu membentangkan belanjawan 2019 bahawa penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN “sukar dilaksanakan?”
Dalam satu kenyataan, Lim yang mengakui kerajaan dihujani kritikan, menjelaskan kerajaan tidak mempunyai pilihan lain kerana kedudukan fiskal negara kurang baik.
“Saya terima kritikan ini (kerana kita memang) nak laksanakan (janji untuk menangguhkan bayaran balik PTPTN), cuma (ia sukar dilakukan apabila) melihat kepada kedudukan fiskal negara.

RJ RITHAUDEEN