Isu pelantikan Nurul Izzah – Rafizi Ramli nak perbodohkan siapa?

“Cuba fikir, adakah seorang yang memiliki kuasa lebih mudah melakukan kesalahan dengan bantuan anak sendiri atau dengan bantuan orang lain yang tiada talian persaudaraan?”

Raggie Jessy Rithaudeen

ايسو ڤلنتيكن نورول اززه – رافيزي راملي نق ڤربودوهكن سياڤا؟

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Saya lihat, Rafizi Ramli ini licik orangnya.

Mula-mula, dia menegaskan bahawa budaya nepotisme dalam kerajaan wajar dielakkan pada masa depan.




Kemusian, dia ‘menghalalkan’ pelantikan Nurul Izzah sebagai penasihat Perdana Menteri dengan mendakwa ianya “tidak membabitkan wang rakyat.”

Rafizi hendak perbodohkan siapa sebenarnya?

TONTON: PH-BN AKAN HANGUS PADA 6 PRN JIKA PERKARA INI BERLAKU

Nepotisme merujuk kepada amalan memihak kepada saudara, kawan, atau rakan sekerja, terutamanya dalam soal pekerjaan, di kalangan mereka yang mempunyai kuasa atau pengaruh.

Nepotisme tidak merujuk kepada bayaran gaji atau elaun, kerana peluang bekerja dengan mereka yang memiliki kuasa, sekalipun tidak bergaji, membabitkan soal etika, rahsia rasmi, ketelusan dan pelbagai perkara lain yang wajib dipertimbangkan.

Disebabkan Anwar melantik anaknya sendiri sebagai penasihat, ramai di kalangan warganegara Malaysia yang lebih layak dilucutkan peluang untuk berkhidmat bersama Perdana Menteri, semata-mata kerana mereka bukan saudara, kawan, atau rakan sekerja Perdana Menteri.

Inikah reformasi yang Rafizi inginkan?

Rafizi perlu sedar, bahawa jentera kerajaan tetap akan digunakan oleh Nurul sekalipun tidak dibayar elaun, dan urusan rasmi sebagai penasihat Perdana Menteri semestinya melibatkan kakitangan Jabatan Perdana Menteri yang dibayar gaji menggunakan wang rakyat.

Loading...

Apakah Nurul akan gunakan duitnya sendiri untuk membayar duit penginapan bagi urusan rasmi?

Jangan lupa, Anwar sebelum ini merahsiakan pelantikan Nurul, dan ini menimbulkan syak bahawa Anwar berpotensi melakukan sesuatu yang boleh diselindungi dengan bantuan anaknya.

Cuba fikir, adakah seorang yang memiliki kuasa lebih mudah melakukan kesalahan dengan bantuan anak sendiri atau dengan bantuan orang lain yang tiada talian persaudaraan?

Inilah sebabnya gejala nepotisme terlarang, dan alasan kononnya “Nurul tidak dibayar elaun” merupakan alasan paling dangkal yang pernah saya dengar.

Elan tak ada, tapi gaji ada tak?

Cuba tanya Anwar.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...