ISU MURTAD, JAKIM: G25 MELAMPAU, LAPORAN POLIS, SIDANG MEDIA ESOK

“SAYA MENYERU MASYARAKAT ISLAM TURUN MEMBERI SOKONGAN (BAGI MEREKA YANG BERADA DI KAWASAN) DAN MEMBUAT LAPORAN BERSAMA (DI SELURUH NEGARA) DEMI MEMELIHARA KEDAULATAN SERTA NILAI PERADABAN ISLAM DI BUMI ALLAH INI DARIPADA DIANCAM TERUS PUAK-PUAK ISLAMOPHOBIK SERTA MUSUH-MUSUH ISLAM”

Raggie Jessy Rithaudeen

ايسو مرتد، جاكيم: ڬ25 ملمڤاو، لاڤورن ڤوليس، سيدڠ ميديا ايسوق

Susulan kenyataan yang dibuat sebentar tadi berhubung penerbitan laporan terbaru kumpulan G25 berjudul “Administration of Matters Pertaining to Islam,” satu laporan polis akan dibuat esok pada pukul 3 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya oleh saya, selaku Pengerusi Gerakan Bangsa Nasional (GBN).




Laporan berkenaan berkaitan kenyataan-kenyataan G25 berhubung isu Murtad dan kesahihan penubuhan Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) serta JAKIM di sisi Perlembagaan Persekutuan.

Selasa lalu, saya menulis:

Tindakan terbaru kumpulan bekas penjawat awam G25 mempertikai penubuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia merupakan bukti keruntuhan nilai peradaban Islam di bumi Malaysia dan usaha puak liberal pro-DAP mencabar kedaulatan Islam di Tanah Air.

Kalau sebelum ini G25 mendakwa “Pengenaan undang-undang hudud PAS akan memberi isyarat kepada dunia bahawa Malaysia telah meninggalkan jalan kesederhanaan,” kini pula mereka mendakwa penubuhan Jakim dan Majlis Hal-Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) tidak menurut Perlembagaan.

Kesemua ini pembohongan belaka.

Pertamanya, tidak wujud pun dalam agama Islam istilah “undang-undang Hudud” sepertimana diwar-warkan oleh G25 dan dipopularkan oleh DAP. Sesiapa yang benar-benar menghayati maksud sebenar Sharia Islam tahu, bahawa yang wujud hanyalah hukuman Hudud (sebagai cabang kepada undang-undang Jenayah Islam/Syariah), bukannya undang-undang Hudud.

Hakikatnya, undang-undang yang menetapkan jenis hukuman yang wajar dikenakan bagi kesalahan-kesalahan tersebut dikenali sebagai undang-undang Jenayah Islam/Syariah, bukannya undang-undang Hudud.

Loading...

Saya percaya Melayu-Islam yang menerajui G25 tahu benar akan perkara ini tetapi terus menggunakan istilah “undang-undang Hudud” biarpun tahu istilah tersebut kerap dikaitkan oleh pihak-pihak tertentu dengan “hukuman potong tangan dan kaki.”

Saya percaya semua ini dilakukan dengan dengan niat ‘meliberalkan’ Islam di Malaysia menerusi penyemaian perasaan “takut kepada undang-undang Islam” di kalangan masyarakat majmuk, termasuk mereka yang beragama Islam.

Malah, G25 kerapkali sehaluan dengan DAP dan disokong oleh penasihat kehormat parti berkenaan, iaitu Lim Kit Siang.

Bukan hanya Kit Siang pernah memuji G25 berhubung pendirian kumpulan berkenaan tentang “undang-undang Hudud,” istilah tersebut mula-mula dipopularkan oleh DAP sendiri.

Terbaru, G25 cuba mempertikaikan penubuhan Jakim dan MKI biarpun Artikel 12 Perlembagaan Persekutuan jelas membenarkan penubuhan institusi-institusi sedemikian.

Saya akan membuat sidang media pada pukul 4.30 petang (sekiranya media luar hadir) di luar perkarangan IPD ataupun pada pukul 7 petang menerusi beberapa saluran Facebook dan YouTube, di mana saya akan jelaskan sebab utama saya saya berpendapat G25 songsang dari segi akidah, amaliyyah dan akhlak serta jelas merupakan ancaman kepada kedaulatan Islam di negara ini.

Mustahil saya akan berdiam diri tatkala agama ku, negara ku, bangsa ku dan raja ku diperlekeh. Mustahil saya akan biarkan pihak tidak bertanggungjawab mengapi-apikan kemarahan masyarakat Melayu-Islam menerusi perbincangan terbuka isu sensitif dengan cara yang sungguh tidak beradab, tidak bertanggungjawab.

SAYA MENYERU MASYARAKAT ISLAM TURUN MEMBERI SOKONGAN (BAGI MEREKA YANG BERADA DI KAWASAN) DAN MEMBUAT LAPORAN BERSAMA (DI SELURUH NEGARA) DEMI MEMELIHARA KEDAULATAN SERTA NILAI PERADABAN ISLAM DI BUMI ALLAH INI DARIPADA DIANCAM TERUS PUAK-PUAK ISLAMOPHOBIK SERTA MUSUH-MUSUH ISLAM.

DEMI AGAMA, RAJA, BANGSA DAN NEGARA.

Wallahu a’lam bish-shawabi



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...