Isu LI: Nasihat saya – Kerjaaan buka aib sendiri, perlu bertindak terhadap LI dan kurang bercakap

SAKSIKAN PENJELASAN LANJUT, KLIK DI SINI

“…bukan rakyat Malaysia yang melabelkan PKR sebagai ahli Liberal International Organization, tetapi sebaliknya, organisasi antarabangsa itu sendiri yang melakukannya”

Raggie Jessy Rithaudeen

Kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti pimpinannya, PKR, sedang membuka aib sendiri menerusi kenyataan demi kenyataan berhubung soal keahlian PKR dalam Liberal International Organisation.

Semuanya bermula apabila Fahmi Fadzil menafikan bahawa PKR merupakan ahli atau anggota Liberal International Organization, setelah beberapa gambar dan ‘screenshot’ yang menyentuh isu itu tular di media sosial.




Menurut Fahmi, ada percubaan terancang oleh pihak yang tidak dinamakan untuk mengaitkan PKR dengan pertubuhan antarabangsa itu.

Namun, apabila saya membuat pencarian, saya terkejut melihat logo PKR terpapar bersama logo Parti Gerakan Rakyat (GERAKAN) di laman Liberal International sebagai “observer members” (ahli pemerhati).

Nama Wan Azizah turut terpapar pada jadual agenda mesyuarat di Zurich (2015) sebagai seorang yang menyampaikan ucapan bertajuk “Liberalism in Authoritarian State.”

Semenjak itu, banyak lagi pencarian yang dilakukan oleh saya dan juga netizen, menjurus kepada penemuan pelbagai artikel Liberal International Organization sejak 2016 yang merujuk kepada PKR sebagai “full member” (ahli penuh).

Salah satu daripada artikel berkenaan dimuat naik oleh anak Anwar sendiri, iaitu Nurul Izzah Anwar, di page FB rasmi beliau setelah mahkamah mendapati Anwar bersalah.

Nurul tidak mempersoal status PKR sebagai “full member” dalam artikel itu, dan tindakannya memuat naik artikel tersebut seolah-olah mengesahkan status itu.

Fahmi Fadzil pula mengugut pihak yang tidak dinamakan dengan tindakan undang-undang, kononnya sebab memfitnah PKR sebagai ahli Liberal International Organization.

Loading...

Namun, bukan rakyat Malaysia yang melabelkan PKR sebagai ahli Liberal International Organization, tetapi sebaliknya, organisasi antarabangsa itu sendiri yang melakukannya.

Walaupun Liberal International Organization telah menggugurkan logo PKR daripada senarai ahlinya, internet masih bersepah dengan pelbagai dokumen dan gambar dari Liberal International Organization yang mengesahkan PKR sebagai “full member.”

Rakyat Malaysia sekadar mempersoal status keahlian PKR berdasarkan dokumen-dokumen dan gambar-gambar ini setelah Liberal International Organization mengumumkan bahawa organisasi itu bersolidariti bersama Israel.

Tindakan Fahmi Fadzil mengugut pihak selain daripada Liberal International Organization amat pelik, tidak bertanggungjawab dan dilihat sebagai usaha mengalihkan perhatian daripada isu pokok.

Seharusnya, Fahmi Fadzil meminta penjelasan daripada Liberal International Organization bagaimana logo PKR boleh terpapar sebagai “full member” bertahun lamanya jika benar PKR tidak pernah menjadi ahli organisasi itu.

Jika PKR tidak dapat berbuat demikian atau tidak mampu menjelaskan kepada rakyat kenapa ia tidak dapat berbuat demikian, lebih elok jika parti itu berdiam diri daripada terus menuding jari sana sini atau mengugut pihak selain Liberal International Organization.

SAKSIKAN PENJELASAN LANJUT, KLIK DI SINI



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...