Isu ‘kecoh’ di KLIA: Pekerja lapangan terbang dakwa Anthony Loke beri maklumat salah

“Waima apa pun alasan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya berhubung tindakannya ‘menyerbu’ masuk KLIA, Datuk Seri Tiong King Sing perlu membuktikan beliau mempunyai pas masuk dan memakainya sepanjang masa ketika berada di dalam bangunan tersebut.” Sumber (gambar): TTF

ايسو ‘كچوهء د كليا: ڤكرجا لاڤڠن تربڠ دعوا انطاني لوك بري معلومت ساله

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Perbuatan mana-mana pihak yang menyerbu masuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) termasuk menteri, selain Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu dipandang serius oleh Kerajaan Malaysia.

Demikian menurut portal Malaysia Gazette (KLIK DI SINI), yang memetik seorang sumber lapangan terbang sebagai berkata, beliau terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan Anthony Loke bahawa selagi menteri ada kerja rasmi, mereka boleh memasuki kawasan tersebut.

Menyangkal kenyataan Loke, sumber itu menyifatkan menteri tersebut telah memberi isyarat yang salah dan mengelirukan.

“Dengan kenyataan Loke itu adakah bermakna menteri pendidikan juga boleh ‘menyerbu’ masuk KLIA jika ada penuntut antarabangsa ditahan. Atau bolehkan menteri kesihatan sewenang-wenangnya memasuki KLIA dengan alasan ada penumpang dijangkiti virus?”


Perbuatan mana-mana pihak yang menyerbu masuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) termasuk menteri, selain Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu dipandang serius oleh Kerajaan Malaysia.

Demikian menurut portal Malaysia Gazette (KLIK DI SINI), yang memetik seorang sumber lapangan terbang sebagai berkata, beliau terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan Anthony Loke bahawa selagi menteri ada kerja rasmi, mereka boleh memasuki kawasan tersebut.




Menyangkal kenyataan Loke, sumber itu menyifatkan menteri tersebut telah memberi isyarat yang salah dan mengelirukan.

TONTON: ISU KLIA ‘KECOH’ : MENTERI PELANCONGAN DIDAKWA UGUT, FITNAH PEGAWAI IMIGRESEN UNTUK LEPASKAN PELAWAT CHINA

“Dengan kenyataan Loke itu adakah bermakna menteri pendidikan juga boleh ‘menyerbu’ masuk KLIA jika ada penuntut antarabangsa ditahan. Atau bolehkan menteri kesihatan sewenang-wenangnya memasuki KLIA dengan alasan ada penumpang dijangkiti virus?

“Jangan sesekali memandang mudah dengan semua isu sehingga keselamatan pintu masuk diambil ringan. Semua menteri perlu tahu lapangan terbang adalah salah satu pintu masuk negara yang perlu dilindungi dalam sebarang bentuk pencerobohan, lantaran itu ia di bawah kawalan Kemeenterian Dalam Negeri (KDN).

“Setahu saya, Menteri KDN pun belum memberi sebarang kenyataan, selain mahu membawa isu ini kepada mesyuarat Kabinet. Mengapa menteri daripada portfolio lain pula beriya-iya menjawab,” tanya beliau.

Menurutnya, Mengikut prosedur Annexe 17, ICAO menetapkan hanya individu yang mempunyai pas masuk ‘aviation security’ atau AvSec sahaja yang boleh memasuki lapangan terbang

Beliau yang mengikut rapat isu seorang menteri yang didakwa ‘menyerbu’ masuk KLIA baru-baru ini kononnya bagi membebaskan seorang pelawat China yang ditahan Jabatan Imigresen berkata, sejauh mana, setiap individu boleh memasuki bahagian lapangan terbang juga tertakluk kepada warna pas berkenaan.

Jelasnya, pas tersebut adalah surat rasmi yang dikeluarkan menurut Akta Kawasan-Kawasan dan Tempat Larangan 1959 dan arahan ini dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia.

Loading...

Oleh itu, waima apa pun alasan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya berhubung tindakannya ‘menyerbu’ masuk KLIA, Datuk Seri Tiong King Sing perlu membuktikan beliau mempunyai pas masuk dan memakainya sepanjang masa ketika berada di dalam bangunan tersebut.

Bukti ini penting bukan sahaja kepada rakyat yang mengikuti isu ini tetapi kepada dunia.

“Isu ini serius sebenarnya kerana jika Malaysia Airports Holdings Berhad tidak dapat membuktikan prosedur keluar dan masuk KLIA tidak dipatuhi, maka rating keselamatan KLIA akan terjejas.

“Kalau kami yang bekerja di KLIA pun wajib mematuhi piawaian ini, apatah lagi orang luar kan,” katanya.

THE THIRD FORCE

#PMX #Anwar #KLIA



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...