Isu Kapal Tempur: Najib harus baca penuh laporan PAC sebelum buka mulut 

Isu LCS mula mencetuskan kontroversi apabila  dalam kenyataan baru-baru ini berkata, kontrak projek LCS diberikan oleh kerajaan kepada syarikat Boustead Naval Shipyard (BNS) secara rundingan terus, dan kerajaan telah membayar sejumlah RM6.083 bilion untuk projek LCS, namun tiada sebuah kapal LCS pun yang disiapkan. Sumber (gambar): TTF

ايسو كاڤل تمڤور: نجيب هاروس باچ ڤنوه لاڤورن ڤاچ سبلوم بوك مولوت

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh, berpendapat bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin tidak membaca Laporan penuh PAC berhubung projek pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Menulis di Facebook, Wong berkata, kenyataannya di parlimen baru-baru ini bukan pandangan peribadi, tetapi dibuat secara persetujuan bersama semua antara PAC.

“Saya tidak faham apa salah faham PM6. Mungkin PM6 salah faham apa yang PM6 salah faham. Mungkin PM6 tidak membaca Laporan penuh PAC. Tak mengapa, saya bagi bebenang laporan penuh PAC, baca muka surat 6 saja, ambil sedikit latar belakang. PAC kata nilai kontrak RM9.128 bilion, bila kata bajet hanya RM6 bilion?” soalnya.

Wong berkata demikian sebagai membidas dakwaan Najib kononnya terdapat fakta tidak tepat kenyataan PAC tersebut.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Dalam satu kiriman di Facebook semalam, Najib berkata PAC yang dipengerusikan oleh Kah Woh, yang didakwanya masih memegang jawatan Ketua Pemuda DAP.

Kata Najib lagi, sejurus selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), PH telah melewatkan projek itu dan membekukan sepenuhnya pada 2019.

Menjawab kritikan Najib, Kah Woh berkata, tidak seperti dakwaan dibuat Najib, beliau bukan lagi mememgang jawatan Ketua Pemuda DAP.

“Saya bukan lagi Ketua Pemuda DAP. Sudah empat tahun saya lepas jawatan. Boleh Google. Fakta mudah macam ini tak patut salah, sebab nanti PM6 (Najib) mahu bincang LCS itu yang lagi teknikal, lagi cenderung salah.

“PM6 kata kenyataan Pengerusi PAC salah. Saya hendak bagi tahu kenyataan Pengerusi PAC itu adalah berdasarkan pendapat, rumusan dan syor persetujuan secara konsensus PAC selepas hampir dua tahun siasatan isu ini. Bukan pandangan Pengerusi PAC sendiri,” katanya di Facebook, semalam.

Menjelaskan lanjut Kah Woh berkata, nilai kontrak adalah berjumlah RM9.12 bilion, dan pihaknya tidak pernah mengeluarkan kenyataan berjumlah RM6 bilion seperti yang didakwa oleh Najib

Loading...

“PM6 kata, ada salah faham bajet projek LCS adalah RM6 bilion dan angka RM9 bilion itu adalah sebab kos bertambah RM3 bilion.

“Saya tidak faham apa salah faham PM6. Mungkin PM6 salah faham apa yang PM6 salah faham. Mungkin PM6 tidak membaca Laporan penuh PAC. Tak mengapa, saya bagi bebenang laporan penuh PAC, baca muka surat 6 saja, ambil sedikit latar belakang. PAC kata nilai kontrak RM9.128 bilion, bila kata bajet hanya RM6 bilion?” soalnya.

Isu LCS mula mencetuskan kontroversi apabila  dalam kenyataan baru-baru ini berkata, kontrak projek LCS diberikan oleh kerajaan kepada syarikat Boustead Naval Shipyard (BNS) secara rundingan terus, dan kerajaan telah membayar sejumlah RM6.083 bilion untuk projek LCS, namun tiada sebuah kapal LCS pun yang disiapkan.

Menurut jadual asal, setakat Ogos 2022 sepatutnya lima buah kapal LCS harus disiap dan diserahkan.

THE THIRD FORCE

Disunting daripada laporan asal oleh Utusan Malaysia dan penulisan asal Pengerusi PAC

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...