“Sekiranya Dong Zong bertegas juga dengan anjuran perhimpunan mereka, maka tiada siapa yang mampu menghalang umat Allah daripada melaksanakan tanggungjawab mereka sepertimana yang dituntut oleh agama Islam”
Raggie Jessy Rithaudeen
Saya terbaca satu lagi kenyataan yang dikeluarkan oleh Dong Jiao Zong berhubung kongres pertubuhan Cina yang dianjurkan mereka pada 28hb Disember 2019 untuk membantah pelajaran pengenalan kepada tulisan Jawi di sekolah vernakular.
Kali ini, perkumpulan pendidik Cina tersebut bertegas akan teruskan juga kongres anti-jawi mereka biarpun dinasihatkan oleh Ketua Polis Negara, Dato’ Seri Abdul Hamid Bador, untuk tidak melakukan demikian.
Sebelum ini, Abdul Hamid mendakwa pihanya menerima 24 laporan berkaitan isu tulisan khat yang awalnya menerima kecaman pihak Dong Zong.
Rabu lalu, saya menulis:
Pada mulanya, Dong Zong sengaja menimbulkan keresahan di kalangan ibubapa masyarakat Cina dengan mendakwa kononnya pembelajaran seni khat akan menjurus kepada “pengislaman pendidikan di Malaysia.”
Kemudian, setelah dikecam hebat masyarakat Melayu-Islam, persatuan tersebut tiba-tiba menyokong rancangan memperkenalkan seni khat Jawi dalam mata pelajaran bahasa Melayu Tahun 4 di sekolah-sekolah aliran tahun depan.
Walaubagaimanapun, ‘sokongan’ tersebut jelas muslihat jahat memandangkan Dong Zong tidak bersetuju murid-murid diwajibkan belajar Jawi.
Saudara saudari sekalian, Apakah makna pembelajaran seni khat jawi sedangkan pembelajaran tulisan jawi tidak dibenarkan?
Bagaimanakah seseorang mampu mempelajari dan menghayati seni khat jawi sedangkan orang tersebut tidak memahami abjad jawi?
Bukan hanya pihak Dong Jiao Zong yang rasis ini sedang cuba memperbodohkan kerajaan dan masyarakat Melayu-Islam, tindak-tanduk mereka jelas bercanggah dengan semangat perpaduan nasional dan kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi kebangsaan.
Setelah menjelaskan dengan terperinci hubungkait tulisan jawi dengan pemahaman Bahasa Melayu asli (baca artikel di bawah), saya mengakhiri artikel tersebut dengan berjanji:
“Sekiranya persidangan pertubuhan Cina anti-jawi diteruskan juga 28hb Disember ini, saya akan memulakan satu kempen dan siri mesyuarat bersama kumpulan-kumpulan tertentu dengan niat menganjurkan persidangan Melayu-Islam membantah tulisan Cina di Malaysia.”
Saya dengan rasa penuh rendah diri mememohon campurtangan Abdul Hamid dalam isu ini dengan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap ketua-ketua perkumpulan Dong Jiao Zong kerana mengipas api kebencian di kalangan orang Cina terhadap sistem pendidikan nasional dan masyarakat Melayu-Islam.
Tindakan Dong Jiao Zong turut menimbulkan persepsi negatif dan rasa benci di kalangan masyarakat Cina bukan Muslim terhadap agama, budaya, sejarah dan asas pentadbiran Islam (rujuk artikel di bawah).
Saya menyeru tuan Abdul Hamid untuk melakukan sesuatu sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.
Sikap Dong Zong yang cuba memperlekeh sistem pendidikan nasional menerusi penyebaran fakta palsu dan kenyataan yang mengelirukan mampu cetuskan rusuhan perkauman dan pertumpahan darah akibat dari tindakan masyarakat Melayu-Islam mempertahankan maruan agama, bangsa dan negara.
Sekiranya Dong Zong bertegas juga dengan anjuran perhimpunan mereka, maka tiada siapa yang mampu menghalang umat Allah daripada melaksanakan tanggungjawab mereka sepertimana yang dituntut oleh agama Islam.
Wallahu a’lam bish-shawabi
HUBUNGKAIT JAWI DENGAN PEMAHAMAN BAHASA MELAYU:
Anjuran persidangan bantah pembelajaran tulisan Cina di Malaysia
