Isu hartanah RM100 juta: Maaf Najib, sudah terlambat, tak usah putar belit lagi

Najib sebelum ini cuba memutar belit keadaan dengan mendakwa Akta Saraan Bekas Perdana Menteri 1980 diubah suai pada tahun 2013 bagi membenarkan peruntukan yang dipohonnya itu. Sumber (gambar): TTF

Raggie Jessy Rithaudeen

ايسو هرتانه رم100 جوت: معاف نجيب، سوده ترلمبت، تق اوسه ڤوتر بليت لاڬي

Datuk Seri Najib Razak dilaporkan akan menolak plot tanah dan rumah di Kuala Lumpur yang dihadiahkan oleh kerajaan.

Menurut The Star Online, Najib berkata, tanah dan rumah itu dihadiahkan kepadanya sebagai bekas perdana menteri namun menimbulkan keresahan orang ramai berikutan penularan wabak Covid-19 yang berterusan.

“Saya memutuskan untuk menolak ganjaran itu walaupun pada dasarnya permohonan itu adalah berdasarkan kepada saya sebagai bekas perdana menteri.




“Saya sedar ketika ini rakyat berdepan dengan masa yang sukar dan keutamaan negara harus diberikan kepada rakyat,” katanya.

Malangnya, kenyataan Najib terlambat dan dikhuatiri tidak ikhlas, memandangkan beliau hanya menyuarakan niat menolak plot tanah dan rumah berkenaan selepas permohonannya dibongkarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan dipersetujui kabinet.

Najib juga sebelum ini cuba memutar belit keadaan dengan mendakwa Akta Saraan Bekas Perdana Menteri 1980 diubah suai pada tahun 2013 bagi membenarkan peruntukan yang dipohonnya itu.

Namun, itu bukanlah isu sebenar yang ditimbulkan oleh pembangkang.

Isu sebenarnya ialah kesanggupan Najib membuat permohonan tersebut dan kerelaan kerajaan meluluskannya dalam pada rakyat terhimpit dan terseksa akibat wabak Covid-19 dan dalam pada Najib disabit bersalah menyeleweng dana SRC.

WAJIB BACA:

Peluang UMNO tipis, Najib dah tahu

Loading...

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...