“Nyata sekali Anwar memutar belit isu ‘dana judi’, sama seperti beliau memutar belit isu ‘kekayaan Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga’ sehingga mengundang saman fitnah RM15o juta daripada Mahathir. Tonton juga penjelasan secara live DI SINI (KLIK DI SINI)“
Raggie Jessy Rithaudeen
ايسو دانا جودي – كڽاتأن انور بربليت-بليت، ماكين تيدق ماسوق عقل
UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI
Malaysiakini melaporkan:
Sehari selepas didesak meminta maaf dan diberi kata dua, tidak ada tanda (Datuk Seri) Anwar Ibrahim akan ‘melayan’ tuntutan dibuat pihak PN berhubung kenyataannya mengaitkan parti itu dengan syarikat judi.
Hari ini perdana menteri bertegas, dia tidak membuat sebarang kenyataan jika ia tidak disertakan “asas”.
Pada masa sama Anwar meminta PN membaca dengan teliti kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini.
“Baca kenyataan lengkap (saya) baru ambil tindakan. Tapi kalau dia nak bawa terus (untuk tindakan undang-undang), silakan.
“Saya tak keluar kenyataan kalau saya tiada asas,” katanya kepada pemberita.
Semuanya bermula dengan satu kenyataan yang dibuat oleh Anwar pada 5 Disember tahun lalu.
TONTON: ISU DANA JUDI – ANWAR BOLEH DIDAKWA KESALAHAN JENAYAH
Bercakap ketika sidang media di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, Anwar membayangkan sebahagian dana pilihan raya Perikatan Nasional datang dari syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi.
“Berkenaan judi, pastinya sebahagiannya digunakan untuk mendanai pilihan raya. (Saya telah minta) semakan terhadap perkara itu.
“Walaupun anda gelar diri anda parti Melayu atau parti Islam, dana (pilihan raya) datang dari syarikat judi,” katanya.
Keesokkan hari, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata Pas akan mengambil tindakan terhadap Anwar ekoran dakwaan itu.
Anwar membalas kenyataan Takiyuddin dengan berkata, “Saya sekarang di Kementerian Kewangan dan ada dokumen bersama saya.”
Cuba fikir, jika benar Anwar memiliki dokumen bukti, sudah pasti pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh menggunakan bukti itu untuk mendakwa kepimpinan PN di mahkamah dan memohon membekukan akaun berkaitan.
Namun, Khamis lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said mendedahkan bahawa SPRM gagal menemui sebarang bukti dan tidak membuka sebarang fail siasatan setakat ini.
Bagaimana perkara ini boleh berlaku, sedangkan Anwar mendedahkan lima bulan lalu bahawa beliau memiliki ‘dokuman’ bukti?
Jika benar kenyataan Anwar berasas dan berpandukan ‘dokumen bukti’, kenapa pihak SPRM gagal menemui sebarang bukti setakat ini?
Nyata sekali Anwar memutar belit isu ‘dana judi’, sama seperti beliau memutar belit isu ‘kekayaan Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga’ sehingga mengundang saman fitnah RM15o juta daripada Mahathir (RUJUK LINK DI BAWAH UNTUK PENDEDAHAN PENUH)
TONTON: TANDA-TANDA JELAS ANWAR MAKIN TERDESAK, TIDAK TENTU ARAH SELEPAS TUN M SAMAN FITNAH RM150 JUTA
