Isu abu Chin Peng: Berpada-padalah dengan politik engkau Mahathir

“Saya faham, Mahathir sendiri bengang dengan tindakan mereka yang membawa masuk abu Chin Peng dan sengaja mengeluarkan kenyataan bodoh kerana ingin menimbulkan kemarahan masyarakat Melayu-Islam terhadap DAP. Tetapi…”

Raggie Jessy Rithaudeen

Tun Dr Mahathir Mohamad tak usah buat lawak kononnya tindakan membawa masuk abu mendiang Chin Peng ke tanah air oleh sekumpulan individu berbangsa Cina tidak patut dijadikan isu.




Perkara ini membabitkan sensitiviti masyarakat berbilang kaum, khususnya mereka yang beragama Islam dan berbangsa Melayu, memandangkan ramai angota polis, tentera, ahli politik dan mereka dari kalangan orang awam dibunuh dengan kejam oleh Chin Peng dan sekumpulan pengganas di bawah arahannya.

Kesemua ini berlaku gara-gara Chin Peng ingin jadikan Malaysia sebuah negara komunis-republik di mana agama Islam tidak lagi diiktiraf sebagai agama persekutuan dan sistem raja-raja Melayu dihapuskan sama sekali.

Tidak ingin saya ceritakan semula di sini mengapa Chin Peng diisytiharkan sebagai musuh negara dan ketua pengganas komunis kerana perkara ini sudahpun saya perinci dalam beberapa terbitan sebelum ini dan hanya akan memanjangkan lagi hujah saya ini.

Cukuplah sekadar kita ambil maklum bahawa aktiviti keganasan dan kekejaman Parti Komunis Malaya bawah pimpinan Chin Peng banyak mengorbanan nyawa dan melibatkan pelancaran perang terhadap Yang di-Pertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya, Malaysia.

Ini memandangkan PKM meneruskan aktiviti keganasan mereka melangkaui tarikh kemerdekaan dan juga selepas perjanjian Malaysia termetrai dengan niat melumpuhkan sistem demokrasi dan pentadbiran persekutuan agar dapat digantikan dengan pentadbiran sosialis-komunis.

Chin Peng sebenarnya pernah membuat pengakuan penglibatannya dalam aktiviti keganasan pada tahun 2009 apabila beliau meminta maaf secara terbuka kepada ahli keluarga mereka yang menjadi mangsa kekejaman PKM ketika darurat.

Walaubagaimanapun, permohonan maaf tersebut ternyata tidak jujur apabila beliau cuba “menghalalkan” tindakan PKM dengan dakwaan kononnya mereka yang terlibat dengan kekejaman tidak dapat membezakan antara “yang baik dan yang jahat.”

Loading...

Ini merupakan satu kenyataan yang cukup bodoh, jijik dan mempamerkan sifat cauvinis Chin Peng yang cuba mengaburi mata rakyat di samping memperlekeh kebijaksanaan kerajaan persekutuan.

Hakikatnya, tidak timbul pun soal siapa yang “baik” dan siapa “jahat” kerana bukan hanya tafsiran Chin Peng berpaut kepada “siapa yang terima ideologi komunis (baik) dan siapa yang tidak (jahat),” PKM bukanlah pihak berkuasa mahupun sebahagian daripada pentadbiran persekutuan.

Hakikatnya, permohonan yang dibuat Chin Peng untuk masuk kembali ke tanah air ditolak apabila beliau gagal mengemukakan sebarang bukti kerakyatan.

Pada 17hb September 2013, Ketua Polis Negara pada ketika itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar, mengesahkan bahawa Chin Peng bukanlah warganegara Malaysia biarpun lahir di Sitiawan, Perak.

Ini sekaligus menimbulkan tanda tanya mengapa beliau bertegas ingin kembali ke Malaysia dan kenapa DAP, khususnya Lim Kit Siang, beriya-iya mahu kerajaan Malaysia meluluskan permohonan beliau untuk kembali.

Pada 4hb Mac 2005, Chin Peng mengemukakan saman pemula bagi mendapat pengisytiharan untuk dibenarkan masuk dan menetap di Malaysia.

Bermula dengan saman tersebut hinggalah kematian beliau pada 16hb September 2013, kerajaan persekutuan konsisten dengan pendirian tidak membenarkan beliau masuk ke tanah air.

Begitu juga selepas kematiannya, kerajaan bertegas tidak mahu abunya dibawa masuk dan konsisten dengan pendirian tersebut hinggalah Barisan Nasional ditumpaskan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Mahathir harus faham bahawa kerajaan persekutuan bukannya milik Pakatan Harapan mahupun Barisan Nasional.

Selagi PH tidak mengambil pendirian rasmi yang bercanggah dengan pendirian BN berhubung pembawaan masuk abu Chin Peng, abu tersebut kekal sebagai item “haram” yang tidak boleh dibawa masuk ke tanah air.

Justeru, tindakan membawa masuk abu berkenaan bolehlah disifatkan sebagai tindakan “menyeludup” memandangkan ianya melibatkan item haram yang sudahpun diisytiharkan oleh kerajaan persekutuan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai “bahan yang tidak boleh dibawa masuk ke tanah air.”

Mustahil Mahathir yang sentiasa melaung-laungkan “rule of law” tidak faham akan perkara semudah ini.

Saya faham, Mahathir sendiri bengang dengan tindakan mereka yang membawa masuk abu Chin Peng dan sengaja mengeluarkan kenyataan bodoh kerana ingin menimbulkan kemarahan masyarakat Melayu-Islam terhadap DAP.

Tetapi berpada-padalah dengan kenyataan tu, tak usahlah berpolitik hingga lupa perasaan ahli keluarga mereka yang terkorban akibat dari sikap segelintir pengganas dari China yang menyembelih masyarakat Melayu-Islam seperti lembu gara-gara nak “komuniskan” Malaysia.

Please lah Tun, have some common sense…



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...