Ismail Sabri tidak pertahan jawatan naib presiden UMNO

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Sumber (gambar): Fail TTF

اسماعيل صبري تيدق ڤرتاهن جاوتن ناءيب ڤريسيدن امنو

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob tidak akan mempertahankan jawatan naib presiden Umno dalam pemilihan parti bulan depan.

Katanya, kenyataan media akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Umno mempunyai tiga naib presiden, selain Ismail, dua lagi penyandang, Khaled Nordin dan Mahdzir Khalid sudah menyerahkan borang pencalonan untuk mempertahankan jawatan nombor tiga itu.

Selain Khaled dan Mahdzir, tujuh pemimpin lain turut menyerahkan borang pencalonan untuk bersaing jawatan naib presiden Umno setakat semalam.


PETALING JAYA: Bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob tidak akan mempertahankan jawatan naib presiden UMNO dalam pemilihan parti bulan depan.

Malaysiakini melaporkan Ahli Parlimen Bera itu enggan mengulas sebab beliau berbuat demikian.




Katanya, kenyataan media akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Umno mempunyai tiga naib presiden, selain Ismail, dua lagi penyandang, Khaled Nordin dan Mahdzir Khalid sudah menyerahkan borang pencalonan untuk mempertahankan jawatan nombor tiga itu.

TONTON: SAYA TERKEJUT KERAJAAN ANWAR TIDAK UMUM PERUNTUKAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN PEMBANGKANG

Selain Khaled dan Mahdzir, tujuh pemimpin lain turut menyerahkan borang pencalonan untuk bersaing jawatan naib presiden Umno setakat semalam.

Mereka ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Azalina Othman Said, Reezal Merican Naina Merican, Shamsul Anuar Nasarah dan Zambry Abdul Kadir, Ahli Parlimen Titiwangsa, Johari Ghani, Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail dan bekas menteri besar Johor, Hasni Mohammad.

Pencalonan bagi pemilihan UMNO yang bermula 13 Feb lalu, ditutup 5 petang tadi.

Pemilihan bagi sayap Wanita, Pemuda dan Puteri akan diadakan 11 Mac ini, manakala Umno bahagian dan MKT pada 18 Mac nanti.

Sumber:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...