“Saya menyokong jika kerajaan pimpinan Ismail Sabri diberi mandat untuk terus mentadbir urus negara sehingga penggal penuh parlimen ke-14 tamat pada 2023, melainkan Yang Di-Pertuan Agong mendengar keluhan rakyat dan menubuhkan “Majlis Pemulihan Negara” versi Tun Dr Mahathir Mohamad atau “The Rakyat’s Council” setelah mengisytiharkan Darurat Politik”
Raggie Jessy Rithaudeen
اسماعيل صبري تق ڤرلو هيراوكن ڤميمڤين تردسق سڤرتي نجيب، تيدق اد راسيونل بوات ڤرو اول
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan agar Barisan Nasional tidak mengulangi kesilapan sebelum ini apabila melewatkan pelaksanaan pilihan raya umum (PRU) sehingga menyaksikan parti itu tewas buat pertama kali dalam sejarah.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
Merujuk kepada Pilihan Raya Umum ke-14, Najib menjelaskan, ia sepatutnya diadakan selepas temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 bagi menjamin kemenangan besar BN.
“Tetapi kerana desakan-desakan tertentu, kita (BN) tangguh. Apabila ditangguh keadaan berubah,” katanya tanpa menjelaskan lebih lanjut mengenai desakan yang dimaksudkannya itu,” katanya.
TONTON: KOMPLOT TUMBANGKAN KERAJAAN ISMAIL SABRI
Sebenarnya, Najib dan saya pernah membincangkan perkara ini secara peribadi tidak lama selepas Pilihan Raya Umum ke-14.
Pada ketika itu, saya disajikan dengan banyak maklumat salah sehingga bersetuju untuk menyokong Najib.
Ketika bertemu Najib, saya memeberitahunya, jika Barisan Nasional ingin menang Pilihan Raya Umum ke-14, sepatutnya, ia diadakan selepas Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang diadakan serentak pada 2016.
Ini kerana Pilihan Raya Kecil itu menunjukkan peralihan undi Cina ke Barisan Nasional dan peningkatan prestasi Barisan Nasional secara keseluruhan.
Najib bersetuju dengan kenyataan saya, dan berkata, dia sendiri pernah memikirkan perkara itu, namun ada pihak yang terlalu yakin bahawa Barisan Nasional boleh menang jika Pilihan Raya Umum ke-14 diadakan pada 2017.
Apa pun, di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, Barisan Nasional menunjukkan peningkatan sebenar dalam sokongan biarpun ramai yang keluar mengundi.
Namun, sokongan ini merosot dengan begitu cepat setelah harga barang mula melambung naik dan nilai matawang merosot setelah DoJ mengumumkan penemuannya berhubung skandal 1MDB.
Kini, Kluster Mahkamah menggunakan alasan kononnya Pilihan Raya Negeri Johor merupakan bukti rakyat ingin Barisan Nasional kembali mentadbir negara.
Di Johor, Barisan Nasional mencatatkan majoriti lebih dua per tiga setelah Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan Pilihan Raya Negeri diadakan, biarpun Johor sebelum itu ditadbir oleh Barisan Nasional dan tidak pernah diancam oleh mana-mana perkumpulan politik.
Namun, kemenangan Barisan Nasional di Johor tidak mencerminkan “mandat sebenar rakyat,” kerana hampir 50 peratus pengundi berdaftar tidak keluar mengundi dan lebih 75 peratus pengundi berdaftar tidak memilih Barisan Nasional.
Ini bermakna, kerajaan yang memimpin Johor pada ketika ini bukanlah “kerajaan mandat rakyat” dalam ertikata sebenar, dan pada ketika ini sahaja, sudah bermula ketegangan di kalangan pemimpin kerajaan di Johor disebabkan pergelutan dalaman bagi jawatan Menteri Besar.
Rumusannya, apabila sesebuah kerajaan tidak ditubuhkan atas “mandat sebenar rakyat,” akan berlaku risiko ketidakstabilan memandangkan mereka yang dipilih bukannya pilihan sebenar majoriti pengundi berdaftar.
Ramai menjangkakan bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 akan menyaksikan peningkatan mendadak dalam jumlah yang keluar mengundi.
Hakikatnya, ramai tidak keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri kerana termakan dengan kata-kata Kluster Mahkamah kononnya akan berlaku Pilihan Raya Umum awal.
Justeru, majoriti rakyat Malaysia sedang menunggu Pilihan Raya Umum ke-15, dan jika ramai keluar mengundi, Barisan Nasional tidak mungkin akan menang.
Ini adalah kepastian, memandangkan prestasi sebenar Barisan Nasional merosot di Johor berbanding Pilihan Raya Umum ke-14 walaupun Barisan Nasional menang dengan majoriti dua per tiga.
Di samping itu, harga barang kembali melonjak naik berlipat kali ganda berbanding zaman Najib, dan nilai matawang negara berada pada tahap yang amat buruk dan dijangka terus merosot sebelum hujung tahun.
Berdasarkan pengalaman Pilihan Raya Umum ke-14, lebih ramai akan menolak UMNO kerana marah dengan peningkatan kos sara hidup dan perosotan dalam kuasa membeli disebabkan perosotan nilai matawang.
Kesimpulannya, tidak ada apa-apa rasional bagi mengadakan Pilihan Raya Umum awal, dan saya mengesyaki bahawa Najib terdesak memandangkan kes rasuahnya akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan tidak lama lagi.
Kenyataan terkini Najib barangkali ditujukan kepada Datuk Seri Ismail Sabri, yang baru-baru ini memberi gambaran bahawa kerajaan tidak tergesa-gesa untuk mengadakan Pilihan Raya Umum.
Saya menyokong jika kerajaan pimpinan Ismail Sabri diberi mandat untuk terus mentadbir urus negara sehingga penggal penuh parlimen ke-14 tamat pada 2023, melainkan Yang Di-Pertuan Agong mendengar keluhan rakyat dan menubuhkan “Majlis Pemulihan Negara” versi Tun Dr Mahathir Mohamad atau “The Rakyat’s Council” setelah mengisytiharkan Darurat Politik.
WAJIB TONTON:
