
اسماعيل صبري سهكن ڤرليمين اكن بوبر سچڤت موڠكين جك كڤيمڤينن امنو يقين منڠ
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memberi pengesahan bahawa beliau bersetuju parlimen dibubarkan jika itu yang dimahukan oleh kepimpinan tertinggi UMNO.
Pengesahan ini dibuat di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021, di mana Ismail memberitahu bahawa beliau tidak akan menunggu walau satu saat pun untuk memulakan langkah membubarkan parlimen jika dipersetujui parti.
“Jika kita yakin dengan kemanangan, kita takkan tunggu satu saat pun untuk bubarkan parlimen untuk PRU ke-15,” katanya.
Selepas Ismail Sabri mengakhiri ucapan penggulungannya, dia mendapat tepukan gemuruh dan tangannya dijulang oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memberi pengesahan bahawa beliau bersetuju parlimen dibubarkan jika itu yang dimahukan oleh kepimpinan tertinggi UMNO.
Pengesahan ini dibuat di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021, di mana Ismail memberitahu bahawa beliau tidak akan menunggu walau satu saat pun untuk memulakan langkah membubarkan parlimen jika dipersetujui parti.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
Bagaimanpun, beliau menegaskan bahawa perkara itu perlu dibincangkan terlebih dulu dengan kepemimpinan tertinggi parti.
BACA JUGA: TUN PERLU SEGERA TUBUH ‘GERAKAN PEJUANG NASIONAL UNTUK KUBURKAN BN
“Kalau dipersetujui, beri saya bersama dengan presiden, timbalan, naib-naib atau top five untuk bincangkan perkara ini, boleh?
“Jika kita yakin dengan kemanangan, kita takkan tunggu satu saat pun untuk bubarkan parlimen untuk PRU ke-15,” katanya.
Selepas Ismail Sabri mengakhiri ucapan penggulungannya, dia mendapat tepukan gemuruh dan tangannya dijulang oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Kesemua ini menandakan:
1. Parlimen berkemungkinan tinggi akan dibubarkan bulan depan atau pada bulan Mei, malah tidak mustahil berlaku pada penghujung bulan ini.
2. Ismail tidak menyentuh perihal MoU atau perbincangan dengan rakan sekutu dalam kerajaan, sekaligus bermakna beliau akan mempertimbangkan pembubaran parlimen bersandar hanya kepada pendapat kepimpinan UMNO.
3. Ismail Sabri sanggup membelakangkan Pakatan Harapan yang selama ini memberikannya mandat untuk terus memimpin negara menerusi MoU yang dicadangkan oleh Ismail sendiri sendiri.
THE THIRD FORCE
WAJIB BACA:
Tun must set up Gerakan Pejuang Nasional (GPN) asap to burry BN, Muhyiddin must stand down
