Ismail Sabri putuskan tidak perlu mesyuarat khas Parlimen bentang RUU Anti Lompat Parti

Wan Junaidi berkata, beberapa faktor telah dipertimbangkan semasa sesi perbincangan bersama Ismail Sabri antaranya penjimatan kewangan kerajaan dalam melaksanakan mesyuarat khas Parlimen bagi kedua-dua dewan. Sumber (gambar): Fail TTF

اسماعيل صبري ڤوتوسكن تيدق ڤرلو مشوارت خاص ڤرليمين بنتڠ رواو انتي لومڤت ڤرتي

Tiada keperluan untuk kerajaan mengadakan mesyuarat khas Parlimen bagi membentang dan membahaskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 berkaitan peruntukan larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti.

Perkara itu disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengikut keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku ketua majlis.

Mengulas lanjut Wan Junaidi berkata, RUU berkenaan akan dibahas dan dibentangkan dalam Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-14 bermula 18 Julai ini sebagaimana takwim sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebelum disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk pewarkahan dan pewartaan RUU berkenaan.


SHAH ALAM: Tiada keperluan untuk kerajaan mengadakan mesyuarat khas Parlimen bagi membentang dan membahaskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 berkaitan peruntukan larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti.

Perkara itu disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengikut keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku ketua majlis.




Wan Junaidi berkata, beberapa faktor telah dipertimbangkan semasa sesi perbincangan bersama Ismail Sabri antaranya penjimatan kewangan kerajaan dalam melaksanakan mesyuarat khas Parlimen bagi kedua-dua dewan.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

“Pada keseluruhannya jumlah kos yang perlu ditanggung oleh kerajaan adalah kira-kira RM1,077,600 tidak termasuk kos operasi jika mesyuarat khas Dewan Rakyat dan Dewan Negara diadakan.

“Selain itu, penyertaan ramai ahli Parlimen dalam lawatan ke luar negara pada ketika ini sehingga pertengahan Julai bagi mengikuti program-program anjuran Parlimen Malaysia yang tidak boleh ditangguhkan kerana melibatkan lain-lain pihak berkepentingan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

TONTON: PEMIMPIN KERAJAAN KE LUAR NEGARA BAWAK BALIK APA?

Mengulas lanjut Wan Junaidi berkata, RUU berkenaan akan dibahas dan dibentangkan dalam Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-14 bermula 18 Julai ini sebagaimana takwim sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebelum disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk pewarkahan dan pewartaan RUU berkenaan.

Katanya, pembentangan itu nanti akan memberi masa yang mencukupi untuk RUU tersebut diteliti oleh ahli Parlimen sebelum dibahas.

Dalam pada itu Wan Junaidi turut memaklumkan, Jawatankuasa Pilihan Khas menimbang RUU tersebut akan mengadakan mesyuarat terakhir dalam masa terdekat untuk mengesahkan penyata yang telah disediakan.

Sumber:

Loading...

WAJIB BACA:

‘Kami dulu korban demi rakyat, sekarang ada pengerusi GLC dapat sampai satu juta sebulan, saya rasa melampau’ – Tengku Razaleigh



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...