HUSAM MUSA TAK PERLU ‘PUTAR-BELIT FAKTA’, PEMIMPIN PH BELOT PADA TUN M

Khairuddin Abu Hassan

Hakikatnya, kita tidak perlu buang masa dengan personaliti seperti Husam Musa yang gemar bercakap bohong untuk meraih ‘mileage’ politik murahan.

Husam Musa pun sama seperti Anwar Ibrahim ‘kaki penipu’ nombor  satu.




Di hadapan kita cakap lain tetapi di belakang buat lain.

Mereka ini adalah kalangan pakar ‘baling batu sorok tangan.’

Saya ingin tanya Husam Musa apa yang beliau maksudkan pemimpin-pemimpin PH tidak mencalonkan semula Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri semula selepas meletakkan jawatan kerana kononnya komunikasi terputus disebabkan mantan Perdana Menteri dua kali itu tidak menghadiri mesyuarat yang dianjurkan oleh pemimpin-pemimpin PH?!

Bukankah bila kita semua berjaya mengumpul 114 ‘statutory declarations’ di pejabat Tun Dr Mahathir Mohamad dan semua Ahli-Ahli Parlimen PH telah  bersetuju untuk menamakan semula Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri ketika itu?!

Malangnya, bila buat pengundian di Istana Negara semua Wakil-Wakil Rakyat PH telah belot pada Tun Dr Mahathir seterusnya menamakan Anwar ibrahim sebagai calon Perdana Menteri di saat  akhir.

Akhirnya, dalam pengundian di Istana Negara Tun Dr Mahathir Mohamad berjaya meraih 62 sokongan Wakil-Wakil Rakyat manakala Anwar Ibrahim mendapat 92 sokongan.

Sekiranya pemimpin-pemimpin PH tidak belot di saat akhir terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad sudah pasti kerajaan PH akan berjaya dibentuk semula dengan sokongan 154 Ahli-Ahli Parlimen melalui pengundian di Istana Negara tersebut.

Loading...

Pada realitinya, yang menggagalkan kerajaan PH dibentuk semula adalah kerana pembelotan Anwar Ibrahim serta pemimpin-pemimpin PH terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun pada waktu itu Tun Dr Mahathir Mohamad telah bersetuju untuk dicalonkan semula bagi menjawat jawatan Perdana Menteri.

Atas dasar ini juga kita amat mengenali perangai buruk Anwar Ibrahim dan buang masa untuk duduk semeja berbincang dengan beliau kerana akhirnya sifat rakus  kuasa Anwar Ibrahim untuk jadi Perdana Menteri akan mengatasi apa saja keputusan yang dicapai walaupun secara konsensus.

Selagi Anwar Ibrahim berada dalam pesada politik negara maka selagi itulah lanskap politik akan menjadi huru-hara.

Bagi saya seseorang manusia yang Rasullulah saw tidak mengaku umat; hukumnya haram untuk kita lantik jadi khalifah utama bagi memimpin ummah.

Soal Anwar Ibrahim tidak layak jadi Perdana Menteri bukan isu politik tetapi ianya adalah bersangkutan dengan hukum-hakam agama Islam.

Atas dasar ini jugalah Anwar Ibrahim tidak akan mendapat keredhaan serta berkat dari Allah swt untuk jadi Perdana Menteri.

Pemimpin sewel seperti Anwar Ibrahim mungkin berjaya membohongi jutaan rakyat tetapi tidak akan mampu menipu Allah swt.

Cukup-cukuplah Husam Musa hendak tegakkan ‘benang yang basah.’

Dalam parti AMANAH pun Husam Musa sudah tidak laku lagi kerana beliau adalah seorang yang cukup oportunis dalam arena politik.

Ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri kali kedua hampir setiap bulan Husam Musa hendak berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan saya yang sering membawa beliau ke rumah mantan Perdana Menteri pada waktu itu.

Di kala itu reputasi Tun Dr Mahathir Mohamad baik belaka di kacamata Husam Musa.

Kalau kita berjalan dalam semak terjumpa dengan ular yang paling berbisa dengan Husam Musa maka kita harus ‘palu’ Husam Musa dahulu kerana beliau lebih berbahaya dari ular yang paling berbisa itu.

Husam Musa dengan Anwar Ibrahim dapatlah diibaratkan seperti dua kali lima dan lima kali dua sebab itu kedua tokoh ‘sewel’ ini amat serasi dulu, kini dan selamanya.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...