Hubungan Azmin – Zuraida makin regang, tidak hairan jika Azmin mula berbaik dengan Rafizi

“Saya tidak akan hairan jika Azmin tiba-tiba berbaik dengan Rafizi Ramli dan membantunya menguasai PKR, dan tidak hairanlah jika Rafizi bersetuju untuk bersekutu dengan Azmin bagi melumpuhkan kedua-dua Anwar dan PPBM”

Raggie Jessy Rithaudeen

هوبوڠن عزمين – ذورايدا ماكين ريڬڠ، لبيه راماي دجڠك كلوار برساتو

Terdapat dua dakwaan penting daripada sumber-sumber tertentu berhubung Datuk Seri Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin.

Pertama, Azmin didakwa sedang berbincang dengan pihak tertentu dalam PKR berhubung kemungkinan beliau kembali ke parti itu, atas kerelaan Azmin sendiri dan atas kehendak pihak berkenaan.




Kedua, hubungan Zuraida dengan Azmin dikatakan regang pada ketika ini, dan ada yang berpendapat bahawa Azmin tidak berpuas hati dengan Zuraida, yang bakal menjadi presiden Parti Bangsa Malaysia.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Benar atau tidak, ada satu kisah yang menceritakan detik bermulanya keretakkan hubungan antara Azmin dan Zuraida, dan ada baiknya kita meneliti dulu kisah ini.

Kisahnya begini:

Apabila Azmin mula-mula mengajak Zuraida dan 9 lagi ahli parlimen (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Kumpulan 9”) untuk meninggalkan PKR, beliau tidak merancang secara spesifik parti mana yang ingin disertainya.

Sebelum itu, Azmin pernah mengadakan beberapa perbincangan dengan seorang dua pemimpin Gerakan berhubung kemungkinan beliau menyertai parti berbilang bangsa itu.

Namun, pucuk pimpinan Gerakan tidak dapat memberi jaminan Azmin akan dibenarkan memegang jawatan penting di peringkat Kepimpinan Tertinggi parti.

Disebabkan itu, Azmin tidak dapat membuat sebarang keputusan buat beberapa minggu selepas Langkah Sheraton, dan ini telah menyebabkan Kumpulan 9 berada dalam keadaan “terumbang-ambing.”

Loading...

Cemas, ahli-ahli kumpulan itu terpaksa berpaut pada Zuraida untuk mendapatkan perkembangan walaupun sedar Zuraida sendiri tidak pasti samada Azmin akan menubuhkan parti baharu atau mengajak semua masuk Gerakan.

Menurut sumber, inilah titik permulaan hubungan erat antara Kumpulan 9 dan Zuraida.

Ada yang mendakwa, Azmin tidak begitu menitikberatkan jawatan buat ahli-ahli Kumpulan 9 dalam mana-mana parti dan hanya menumpu kepada jawatan buat dirinya sendiri.

Akhirnya, Azmin memutuskan untuk bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin dalan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), dan keputusan ini dibuat setelah beliau ditawarkan tempat dalam Majlis Kepimpinan Tertinggi parti.

Namun, disebabkan PPBM merupakan parti Melayu-Islam, ramai daripada ahli-ahli Kumpulan 9 tidak dapat menyertai parti itu kerana mereka bukannya Melayu atau beragama Islam.

Ini telah mencetuskan ketegangan antara Azmin dan Zuraida, kerana Azmin gagal mengotakan janjinya kepada Kumpulan 9 untuk membawanya masuk Gerakan atau menubuhkan sebuah parti baharu yang dikawal sepenuhnya oleh mereka.

Menurut sumber, ketegangan ini amat membimbangkan Muhyiddin, kerana jika ahli-ahli Kumpulan 9 bertindak keluar PPBM, kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ke-9 sudah pasti terancam.

Disebabkan itu, Muhyiddin memutuskan untuk membuka keahlian PPBM kepada bukan Islam dan mengubah status parti itu daripada “parti yang berteraskan keahlian Melayu-Islam” kepada “parti berbilang kaum.”

Malangnya, langkah ini tidak berjaya meyakinkan Kumpulan 9 untuk kekal bersama PPBM, kerana sebilangan besar ahlinya masih tidak dibenarkan memegang jawatan penting dalam parti.

Akhirnya, pada 28hb Febuari 2021, Anggota Parlimen bagi kawasan Julau, Larry Sng Wei Shien, bertindak keluar PKR dan menyertai semula parti yang pernah diasaskan oleh ayahnya, Sng Chee Hua, sebelum menjenamakan semula parti itu sebagai Parti Bangsa Malaysia.

Tindakan Larry ini disokong sepenuhnya oleh Zuraida, dan ini telah meregangkan lagi hubungan antara Zuraida dengan Azmin.

Menurut sumber, kesemua ahli Kumpulan 9 akan keluar daripada Bersatu beberapa hari atau minggu selepas Zuraida dilantik secara rasmi sebagai presiden Parti Bangsa Malaysia.

Sudah tentu ini akan melumpuhkan kedudukan Azmin dalam PPBM, kerana selama ini, ‘saham’ terbesarnya ialah pengaruhnya ke atas Kumpulan 9 dan kesanggupan kumpulan ini menyokong Muhyiddin.

Jika Azmin hilang pengaruh itu, beliau akan tinggal keseorangan dalam PPBM, dan ini akan tanya merencatkan lagi pengaruhnya dan memberi laluan kepada Datuk Seri Hamzah Zainuddin untuk menguasai parti itu bersama Muhyiddin.

Maka tidak hairanlah jika Azmin tiba-tiba berbaik dengan Rafizi Ramli dan membantunya menguasai PKR, dan tidak hairanlah jika Rafizi bersetuju untuk bersekutu dengan Azmin bagi melumpuhkan kedua-dua Anwar dan PPBM.

Bagaimanapun, saya masih menunggu pengesahan atau pendapat beberapa pihak berhubung perkara ini.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...