Dato’ Lokman Adam
Sebagai bantahan kepada tindakan pihak SPRM membeku akaun Cucu Dato Sri Najib Tun Razak dan tindakan terdesak Peguam Negara, mendakwa Dato Sri Najib dalam keadaan pihak pendakwaan masih belum bersedia, 3 program akan diatur oleh pihak Pemantau Malaysia Baru esok 6hb Julai, 2018.
1)Solat Hajat dengan kerjasama NGO Barisan 33 bagi mendoakan Dato Sri Najib dan Bekas Kepimpinan Negara serta keluarga mereka yang kini sedang ditindas oleh Pemerintah.
Masa : 7.00 pm
Tempat : Surau Al Abbas Alhabshi, Block A Flatt PPR Laksmana Jalan Peel, Kuala Lumpur.
2). Himpunan Anti Pembekuan Akaun Kanak-Kanak
Masa : 9.00 pm
Tempat : Depan SOGO, Jalan Tengku Abd Rahman, Kuala Lumpur.
3) Laporan Polis Terhadap Ketua Pengarah SPRM dan Perdana Menteri. Laporan ini berhubung tindakan SPRM membekukan akaun Adam, Cucu DSN yang disyaki mempunyai unsur membalas dendam. Keduanya, laporan keatas Perdana Menteri yang memenangi pilihanraya dengan memfitnah Dato Sri Najib mencuri RM2.6 billion dari 1MDB sedangkan ianya tiadapun dalam pertuduhan semalam dan kenyataan Peguam Negara bahawa tiada pertuduhan lain keatas DSN akan dibuat.
Masa : 9.30 malam
Tempat : Balai Polis Campbell, Berhampiran SOGO.
Sehubungan dengan itu, semua rakyat Malaysia dijemput untuk menghadiri ketiga-tiga program tersebut. Tiada apa yang perlu anda takut, kita bebas perhimpun secara aman, marilah kita sama-sama hadir bagi menyatakan bantahan kita terhadap Politik Dendam dan kezaliman pemerintah yang semakin berleluasa sekarang. Kita akan turun pakai baju putih esok.Lokman Adam
Presiden
Pemantau Malaysia Baru
