
Mohamed Haniff Khatri Abdulla
حنيفف خطري: ادروس هارون ڤيليهن ترباءيق سباڬاي ڤڬوام نڬارا بهارو
Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera
1. Pada 28.02.2020 dalam negara kita menghadapi isu peralihan kuasa kerajaan, disamping KeBawah Duli YDP AGONG menghadapi pelaksanaan tanggungjawab Baginda Tuanku di bawah Perkara 43(2)(a) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN dalam pelantikan Perdana Menteri pada ketika itu, kita telah dikejutkan dengan pengumuman peletakan jawatan TS TOMMY THOMAS sebagai Peguam Negara.
2. Saya juga sebelum ini telah memberikan pendapat saya berkaitan kekhilafan TS TOMMY THOMAS menyamakan pelantikannya sebagai Peguam Negara pada 04.06.2018 melalui perkenan KeBawah Duli YDP AGONG sebagai satu “pelantikan politik”, sedangkan jawatan Peguam Negara meWAJIBkan pelaksanaan tugas beliau untuk memelihara keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang negara TANPA mengambilkira fahaman politik Kerajaan yang memerintah, mahupun fahaman politik peribadi.
3. Justeru antara tanggungjawab utama dan segera yang perlu ditangani oleh TS MUHYIDDIN YASSIN sebagai Perdana Menteri Ke-8 selepas Upacara Angkat Sumpah sebagai Perdana Menteri pada 01.03.2020, selain daripada pelantikan dan pembentukan JEMAAH MENTERI yang dapat meyakinkan Rakyat Malaysia, adalah untuk melantik seorang Peguam Negara baru yang berwibawa yang dapat kembalikan keyakinan kesemua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan sistem keadilan dan perundangan negara secara khususnya, dan Rakyat Malaysia secara amnya.
4. Pada hari ini, 06.03.2010 MALAYSIAKINI bertajuk “Hakim Mahkamah Persekutuan Idrus Harun dilantik AG baru” telah melaporkan :
“Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Mahkamah Persekutuan Idrus Harun sebagai peguam negara yang baru.
Jabatan Perdana Menteri mengumumkan Idrus akan berkhidmat selama dua tahun berkuat kuasa pada hari ini.”
(Laporan lengkap dimuat naik di Ruang Bawah)
5. Dengan pengalaman selama tempoh 40 tahun di dalam pelbagai jawatan dalam sistem keadilan di MAHKAMAH, dalam Pejabat Peguam Negara dan beberapa agensi lain di sektor awam, semestinya TS IDRUS HARUN adalah pilihan terbaik sebagai Peguam Negara yang dilantik oleh Ke Bawah Duli Yang Dipertuan AGONG.
6. Sememangnya TS IDRUS HARUN akan memikul tanggungjawab pada masa “kanta besar” Rakyat akan memerhatikan cara kendalian beliau sebagai Peguam Negara dalam kes-kes menarik yang membayangi Pejabat Peguam Negara pada masa kini, yang antara lain adalah:
7. Kendalian lanjut kesemua kes jenayah yang telah dibawa dan sedang dibicara di MAHKAMAH terhadap para pemimpin era NAJIB RAZAK dan Barisan Nasional, termasuk dan tidak terhad kepada bicara jenayah SRC dan 1MDB,
8. Langkah lanjut berhubung pembebasann dan pelepasan 12 tertuduh yang menghadapi pertuduhan-pertuduhan jenayah terrorisme LTTE yang telah digugurkan kesemua pertuduhan oleh TS TOMMY THOMAS, Peguam Negara terahulu, melalui Kenyataan Medianya bertarikh 21.02.2020, iaitu 7 hari sebelum peletakan jawatannya itu,
9. Langkah lanjut berhubung peranan yang akan dimainkan dalam pelaksanaan penubuhan SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI) berkaitan Kehakiman yang telah diumumkan oleh mantan Perdana Menteri TUN DR MAHATHIR pada 21.02.2019, yang tidak pernah diambil tindakan lanjut oleh TS TOMMY THOMAS ataupun LIEW VUI KEONG, Menteri Undang-Undang pada ketika itu,
10. Perkembangan lanjut dalam pelbagai Kertas Siasatan Jenayah samada jenayah kolar putih mahupun jenayah seksual terhadap pelbagai pemimpin yang masih tertangguh sehingga kini, termasuk pemimpin-pemimpin daripada kesemua pakatan politik, samada PERIKATAN NASIONAL mahupun PAKATAN HARAPAN.
11. Walau apa sekalipun, saya mempunyai penuh kepercayaan bahawa selain daripada memainkan peranan yang penting di dalam kesemua perkara itu, TS IDRUS HARUN juga akan dengan serta merta kembalikan SEMANGAT dan KEYAKINAN para pegawai di Pejabat Peguam Negara yang selama ini telahpun di”pulau”kan oleh TS TOMMY THOMAS melalui dasar “penswastaan” Pejabat Peguam Negara yang beliau seringkali amalkan ketika itu.
12. Saya juga percaya Pejabat Peguam Negara akan kembali bertugas secara SIHAT, ADIL dan SAKSAMA dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka untuk menegakkan sistem keadilan dan perundangan negara demi kepentingan Rakyat semua.
13. Selamat melaksanakan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB sebagai Peguam Negara Malaysia yang baru, saya ucapkan kepada TS IDRUS HARUN, dan saya doakan semoga Pejabat Peguam Negara akan kembali ke tahap kejayaan yang tinggi selepas ini, IN SHAA ALLAH !!
DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA
