Haniff Khatri: Dua faktor utama penyebab kerajaan Pakatan Harapan jatuh

Mohamed Haniff Khatri Abdulla. Sumber (gambar): Fail TTF

Haniff Khatri

حنيفف خطري: دوا فكتور اوتام ڤڽباب كراجأن ڤاكتن هارڤن جاتوه

Nota: Artikel ini asalnya ditulis pada 24hb November 2019 di bawah tajuk: PAKATAN HARAPAN: MUQADDIMAH PENUBUHAN, PUNCA ASAL KECACATAN PENTADBIRAN KINI & FORMULA MUDAH UNTUK MERANGKA KEJAYAAN.

1. Ini adalah BAHAGIAN KEDUA daripada TIGA (3) BAHAGIAN tulisan saya di bawah TOPIK “PAKATAN HARAPAN: MUQADDIMAH PENUBUHAN, PUNCA ASAL KECACATAN PENTADBIRAN KINI & FORMULA MUDAH UNTUK MERANGKA KEJAYAAN.”

2. Persoalan pokok yang ingin dihuraikan ialah:

“Apakah punca asal yang menyumbangkan kepada permasalahan dalam “kegagalan” PAKATAN HARAPAN sebagai sebuah KERAJAAN yang benar-benar berjaya di mata Rakyat selepas tempoh setahun setengah selepas PRU-14 ?!”




3. Secara jujur saya nyatakan terdapat DUA (2) SEBAB UTAMA atau MASALAH POKOK yang perlu kesemua pihak, termasuk kesemua pemimpin mahupun ahli akar umbi keempat-empat parti gabungan dalam PAKATAN HARAPAN iaitu DAP, PKR, AMANAH dan BERSATU dan juga kesemua RAKYAT, perlu AKUI sebagai punca sebenar kepada permasalahan yang dihadapi negara kita pada masa ini, sebelum mana-mana jawaban penyelesaian dapat dilaksanakan dengan efektif dan berkesan, MASALAH POKOK yang mana adalah :

(a) Kepercayaan salah yang meluas tentang kewujudan dan keperluan TRANSISI KUASA PERDANA MENTERI daripada TUN DR MAHATHIR kepada DS ANWAR IBRAHIM sebelum daripada PRU-15 !!, dan

(b) Kegagalan PAKATAN HARAPAN untuk mengenalpasti dan menentukan FOKUS UTAMA pasca PRU-14, dalam mana-mana POLISI khusus selepas kejayaan FOKUS UTAMA pra PRU-14, yakni “JATUHKAN NAJIB RAZAK & TUMBANGKAN BARISAN NASIONAL” !!

TRANSISI KUASA PERDANA MENTERI :

4. Sememangnya pada 07.01.2018 apabila PAKATAN HARAPAN umumkan TUN DR MAHATHIR sebagai calon PERDANA MENTERI KETUJUH (KE-7), tidak ada sesiapa yang boleh nafikan fakta bahawa TUN DR MAHATHIR sudahpun pernah menjadi PERDANA MENTERI KE-4 untuk tempoh 22 tahun lamanya, sehingga beliau sendiri yang meletakkan jawatan pada masa itu.

5. Hatta, pada hakikatnya, TUN DR MAHATHIR sememangnya tidak pernah ada hasrat untuk kekal sebagai PERDANA MENTERI KE-7 sehingga ke akhir penggal, ataupun sehingga ke PRU-15, seolah-olah beliau seorang ahli politik yang masih muda yang baru menikmati kejayaan menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri. Walhal, TUN DR MAHATHIR lebih berhasrat untuk kembali menikmati sisa-sisa baki tempoh persaraan pada usia beliau yang sudah hampir mencapai SATU (1) KURUN !!

6. Satu-satunya tujuan beliau bersetuju menyandang jawatan sebagai PERDANA MENTERI KE-7 adalah untuk mengetuai dan mengemudi KERAJAAN PAKATAN HARAPAN yang baru itu, ke tahap dan ketika KERAJAAN PAKATAN HARAPAN telah sememangnya bersedia untuk teruskan urus tadbir negara tanpa beliau perlu lagi menjadi PERDANA MENTERI.

Loading...

7. Oleh yang demikian pada tempoh 07.01.2018 sememangnya ada kepercayaan dan kefahaman bahawa sekiranya KERAJAAN PAKATAN HARAPAN sudah boleh terus berjalan mara ke hadapan tanpa keberadaan TUN DR MAHATHIR sebagai Perdana Menteri, maka secara logik dan munasabah TUN DR MAHATHIR akan menyerahkan tugasan sebagai PERDANA MENTERI kepada seorang pemimpin lain di atas pilihan kesemua parti gabungan PAKATAN HARAPAN, yang PADA KETIKA ITU ditonjolkan di kalangan para pemimpin parti-parti gabungan PAKATAN HARAPAN, sebagai DS ANWAR IBRAHIM.

8. Namun, malangnya apa yang sebenarnya berlaku selepas PRU-14, ramai daripada para pemimpin PAKATAN HARAPAN telah secara SALAH dan SONGSANG letakkan FOKUS UTAMA di minda dan fikiran mereka bahawa kononnya TRANSISI KUASA PERDANA MENTERI adalah agenda utama politik tanahair pada ketika ini, sedangkan FOKUS UTAMA kesemua para pemimpin sepatutnya adalah melaksanakan tugasan masing-masing di jawatan masing-masing, supaya KERAJAAN PAKATAN HARAPAN di setiap tahap dapat berkhidmat untuk kesejahteraan Rakyat dan seterusnya KERAJAAN PAKATAN HARAPAN dapat bersedia untuk menjadi KERAJAAN tanpa perlu menyusahkan TUN DR MAHATHIR lagi.

9. Dengan adanya isu kepercayaan bahawa TRANSISI KUASA PERDANA MENTERI akan berlaku sebelum PRU-15, semestinya “PENYAKIT POLITIK” biasa iaitu KEMANDIRIAN POLITIK (political survival) mulai menapak dan berleluasa di kalangan sejumlah ramai para pemimpin dalam PAKATAN HARAPAN.

10. Dari hari ke hari, fikiran dan tindakan mereka ini tertumpu kepada usaha untuk meletakkan diri mereka rapat dengan pihak DS ANWAR IBRAHIM, dan pada masa yang sama juga, pihak yang tidak selesa dengan DS ANWAR IBRAHIM, mula mencari alternatif lain dengan membuat pelbagai gerakan untuk menawarkan diri masing-masing (dengan para penyokong sendiri) sebagai orang yang boleh mengambil galas sebagai PERDANA MENTERI KE-8 kelak.

11. Usaha-usaha yang BERKEPENTINGAN DIRI SENDIRI dan MEMBELAKANGKAN RAKYAT dan NEGARA ini terus berleluasa lagi, dengan sesetengah daripada mereka berasa perlu pula berjinak-jinak dan bermesra dengan para pemimpin dari pihak pembangkang, iaitu samada UMNO mahupun PAS, untuk menguatkan kedudukan peribadi masing-masing apabila tiba masanya merebut kedudukan sebagi PERDANA MENTERI KE-8 kelak.

12. Dalam keadaan sebegini, semestinyalah para pemimpin, lebih-lebih lagi Ahli JEMAAH MENTERI KERAJAAN PAKATAN HARAPAN tidak dapat bebaskan diri mereka untuk berkhidmat kepada Rakyat dengan jujur dan ikhlas disebabkan KEMANDIRIAN POLITIK (political survival) masing-masing !!

13. Sayugia, harapan agar TUN DR MAHATHIR dapat bantu siap sediakan Ahli JEMAAH MENTERI dan para pemimpin KERAJAAN PAKATAN HARAPAN untuk teruskan tadbir urus negara tanpa beliau kelak, telah malangnya tergagal tatkala kini, akibat “penyakit jahat”, KEMANDIRIAN POLITIK (political survival), disebabkan kepercayaan salah dan kefahaman dangkal yang meluas tentang kewujudan dan keperluan TRANSISI KUASA PERDANA MENTERI daripada TUN DR MAHATHIR kepada DS ANWAR IBRAHIM sebelum daripada PRU-15 !!

KEHILANGAN FOKUS POLISI :

14. Walaupun kesemua parti gabungan PAKATAN HARAPAN datangnya dengan IDEOLOGI dan FALSAFAH yang mungkin berbeza, namun bagi tujuan kejayaan di PRU-14 pada ketika itu, kesemua mereka telah berjaya sepakat untuk mencapai satu-satunya FOKUS UTAMA iaitu :

“JATUHKAN NAJIB RAZAK & TUMBANGKAN BARISAN NASIONAL – ITU SAHAJA !!”

15. FOKUS UTAMA itulah yang berjaya menentukan kesemua pemimpin daripada kesemua parti gabungan PAKATAN HARAPAN membuat kenyataan-kenyataan dan naratif-naratif yang bersepakat dan tidak bercanggah antara satu sama lain, sehingga ianya membawa kejayaan di PRU-14 dengan penubuhan KERAJAAN PAKATAN HARAPAN.

16. Malangnya, tidak sempat pun pucuk pimpinan tertinggi PAKATAN HARAPAN di bawah kemudi TUN DR MAHATHIR berkesempatan untuk merangka polisi-polisi dan program-program yang boleh memberi menafaat dan kesejahteraan berterusan kepada Rakyat, sebagai FOKUS UTAMA polisi PAKATAN HARAPAN pasca PRU-14, ada pula antara pemimpin parti individu dalam gabungan PAKATAN HARAPAN, dengan serta merta mula TAMAK dan GOPOH dalam merencanakan FALSAFAH dan IDEOLOGI masing-masing, sebagai kononnya keputusan polisi dan program keseluruhan KERAJAAN PAKATAN HARAPAN, sehinggakan majoriti Rakyat mula keliru dan sangsi dengan kejujuran dan halatuju KERAJAAN PAKATAN HARAPAN !!

17. Rakyat tidak akan lupakan kelantangan beberapa pemimpin dalam menuding jari secara SALAH dan BIADAB kepada pihak berkuasa polis berkaitan isu Kuil Sri Maha Mariamman pada bulan November 2018 dan kelantangan SALAH dan BIADAB yang sama dalam isu tangkapan berkaitan keganasan terrorisme LTTE pada bulan Oktober 2019. Rakyat juga pasti masih ingat akan kegopohan dan kelicikan usaha beberapa pemimpin dibantu dengan usaha Peguam Negara dalam percubaan untuk merencanakan penerimaan Perjanjian-perjanjian Antarabangsa ICERD dan juga Statut Rom, walaupun ianya tidak berhasil, di hujung tahun 2018 dan awal tahun 2019 masing-masing.

18. Begitu juga dengan ketangkasan Peguam Negara untuk MELEPASKAN dan MEMBEBASKAN beberapa pemimpin PAKATAN HARAPAN daripada pertuduhan-pertuduhan Jenayah pra PRU-14, yang menampilkan persepsi seolah-olah prinsip kedaulatan undang-undang telah mula dicemari, tanpa mana-mana Kenyataan Rasmi yang menjelaskan tujuan dan sebab setiap keputusan itu dibuat, daripada pihak berkenaan.

19. Tidak ketinggalan juga, kedangkalan dan kecetekan kenyataan segelintir MENTERI dalam hal-hal yang remeh dan tidak berkepentingan umum seperti “kasut hitam”, “kereta terbang”, “larangan merokok di kesemua premis makan”, ” isu PTPTN”, “isu AES” dan “proses-proses kelulusan projek yang dilengahkan oleh Kementerian Kewangan yang memberi kesan negatif kepada penzahiran pembangunan”, antara banyak yang lain yang tidak perlu disenaraikan di sini.

20. Perbedzaan FALSAFAH dan IDEOLOGI telah lagi terzahir apabila tercetusnya isu-isu “Tulisan Jawi”, “Hak LGBT” dan “Sekolah Vernakular”, sejak awal tahun 2019 sehingga kini.

21. Kesemua perkara yang disenaraikan di Perenggan-perenggan 18 hingga 21 di atas, sememangnya adalah diakibatkan kerana kegagalan para pemimpin KERAJAAN PAKATAN HARAPAN untuk memberi masa dan peluang kepada TUN DR MAHATHIR merencanakan beberapa FOKUS UTAMA yang seragam di antara kesemua parti gabungan dalam PAKATAN HARAPAN, dengan membelakangkan perbedzaan FALSAFAH dan IDEOLOGI masing-masing, selepas kejayaan FOKUS UTAMA pra PRU-14 iaitu : “JATUHKAN NAJIB RAZAK & TUMBANGKAN BARISAN NASIONAL”, dan di atas TAMAK dan GOPOH masing-masing secara peribadi untuk menampilkan diri masing-masing sebagai pemimpin yang menyokong keperluan penyokong masing-masing secara bersendirian, dan bukannya untuk kesepakatan PAKATAN HARAPAN !!

22. Sedikit sebanyak tidak boleh dinafikan sifat TAMAK dan GOPOH para pemimpin itu adalah juga disumbangkan dengan MASALAH POKOK utama tentang kekhilafan dan kepercayaan salah berhubung kewujudan dan keperluan TRANSISI KUASA PERDANA MENTERI daripada TUN DR MAHATHIR kepada DS ANWAR IBRAHIM sebelum daripada PRU-15, seperti yang dibincang di Perenggan -perenggan 8 hingga 14 di atas, dalam usaha setiap mereka menempatkan tempat “selamat” mereka dalam “penyakit jahat”, KEMANDIRIAN POLITIK (political survival) itu !!

23. Secara rumusan, ASAL KECACATAN PENTADBIRAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN di masa ini adalah akibat DUA (2) MASALAH POKOK UTAMA iaitu :

(a) Kepercayaan salah yang meluas tentang kewujudan dan keperluan TRANSISI KUASA PERDANA MENTERI daripada TUN DR MAHATHIR kepada DS ANWAR IBRAHIM sebelum daripada PRU-15 !!, dan

(b) Kegagalan PAKATAN HARAPAN untuk mengenalpasti dan menentukan FOKUS UTAMA pasca PRU-14, dalam mana-mana POLISI khusus selepas kejayaan FOKUS UTAMA pra PRU-14, yakni “JATUHKAN NAJIB RAZAK & TUMBANGKAN BARISAN NASIONAL” !!

BAHAGIAN KETIGA : PAKATAN HARAPAN – FORMULA MUDAH UNTUK MERANGKA KEJAYAAN !! — Akan menyusul dalam masa yang singkat, tidak berapa lama lagi !

BERANI KERANA BENAR !!!

TANPA GUNDAH – GANJARA !!!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...